Isnin, Jun 28, 2010
Ibu desak jual tubuh
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
2010/06/28
KUALA LUMPUR: “Jika bukan kerana desakan ibu mengatakan kerjaya melacur saka dan warisan keturunan kami, tak mungkin saya sanggup menjual tubuh pada usia muda,” kata seorang pelacur jalanan yang menjalankan kegiatan sambilan di sekitar ibu kota.
Dia yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu pada harga RM30 untuk sekali perkhidmatan sejak tiga tahun lalu mendakwa dipujuk ibu supaya tidak segan-silu melakukan kerja terkutuk itu dengan alasan ia tidak akan merugikan apa-apa pun.
Gadis terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ila, 21, hanya berjaya dipujuk membuka mulut dan mendedahkan pengalaman hidupnya selepas diyakini wartawan yang menemuinya ketika berpeleseran mencari pelanggan di hadapan sebuah hotel murah di Jalan Raja Laut di sini, semalam.
“Saya tak salahkan ibu kerana dia selama ini menghantar saya ke sekolah dan membesarkan kami adik beradik selepas bapa lari dari rumah ketika saya masih di bangku sekolah.
“Ibu mendakwa ayah seorang penagih dadah tegar dan sering keluar masuk pusat serenti sebelum hilang dari rumah sekitar 2002 dipercayai ada kaitan dengan samseng dadah yang mahu memungut hutang,” katanya.
Menurut Ila, sejak ketiadaan bapa, ibu kerap keluar waktu Maghrib dengan alasan pergi bekerja di kilang elektronik di Keramat sebelum pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 pagi setiap hari.
“Mulanya saya percaya dia pergi bekerja, namun lama kelamaan saya mula mengesyaki ada yang tidak kena apabila kerap kali ibu dihantar pulang lelaki berasingan.
“Malah, pakaian seksi lengkap dengan kasut tumit tinggi digunakan ibu setiap kali keluar rumah jelas tidak menunjukkan langsung ciri penampilan seorang operator pengeluaran kilang,” katanya.
Namun, menurutnya, misteri pekerjaan ibunya terjawab apabila dia diminta menghantar wanita itu dengan kereta ke sebuah bangunan rumah kedai usang di Jalan Petaling di sini, empat tahun lalu. “Ketika itu saya yang sudah berhenti sekolah dan mempunyai lesen memandu tergamam apabila ibu memperkenalkan saya kepada seorang lelaki Cina serta beberapa wanita berusia hampir separuh abad didakwa rakan ‘sekerjanya’.
“Selepas 10 minit memerhati baru saya sedar, ibu seorang pelacur yang menjual tubuh kepada lelaki yang memasuki rumah usang terbabit melalui pintu belakang. Ibu hanya perlu menunjukkan tiga jari tangannya sebagai simbol harga RM30 ditawarkan untuk perkhidmatan seks,” katanya.
Ila berkata, ibunya mungkin tidak mahu lagi menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuannya kerana dia sudah dewasa, apatah lagi pernah terlanjur beberapa kali dengan teman lelaki juga jirannya di Sentul.
HM
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Jun
(272)
- Sajian timun arsenik Israel
- Berpelukan dalam selimut
- Tolong jangan masuk campur
- Pelakon Popular 'Winter Sonata' Bunuh Diri
- Umno takut kuasa undi anak muda
- AS tangkap perisik seksi Rusia
- JERUNG TANPA GIGI
- Urutan Jumaat...Umat Islam bersolat, penguatkuasa ...
- Tidak keluar lesen judi kerana agama?
- Piala Dunia: Jepun tewas penalti
- Bala Tolak Syarat SPRM Tidak Benarkan Peguam Pada ...
- Budak 13 tahun sehebat Spiderman
- Malaysia Beli Torpedo Lebih Mahal Dari Harga Pasaran?
- Buli di MTD: 1 disingkir, 4 digantung
- Awan berbentuk jenazah di Kelantan
- Luna Maya-Ariel berpelukan
- Rupanya Senyum Kambing penyokong England
- Pendedahan Ulama' muda yang ditipu UMNO!!!!
- Pasar Payang lokasi panas
- Brazil tewaskan Chile (Video Jaringan)
- Belanda tundukkan Slovakia (Video Jaringan)
- Remaja Perempuan Berkhalwat Di Dalam Surau Hospital
- FULLAMAK UMNGOK
- Ibu desak jual tubuh
- 'Pemukiman PKR kritik MB S'gor secara tak langsung'
- Anwar Pertahan Khalid, Nafi Wujud Pakatan Kudeta
- Saksikan Video Jerman Belasah England
- Pakatan Rakyat Yakin Tawan Negeri Sembilan Pada PR...
- Argentina singkirkan Mexico (Video Jaringan)
- Gadis Filipina lebih bergetah
- Jerman Belasah England (Video Jaringan)
- Coli Cut Tari bahan bukti
- Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno
- Domain laman web porno .xxx
- Kickdefelda
- Dua dua tak boleh pakai
- Lawak Ahad: Mari beli ubat
- Keluarga pelajar MTD mati didera buat laporan polis
- Ghana tewaskan USA (Video Jaringan)
- Keputusan Piala Dunia 26 Jun 10: Uruguay 2 Korea S...
- Azmin nafi ada konspirasi tumbangkan MB S'gor
- Peneroka felda dah jadi 'flowerhornes'.
- Saya akan terus berkartun hingga titisan dakwat te...
- Pencuri pulang coli, seluar dalam
- MJ Dibunuh Kerana Wang - Latoya Jackson
- Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung'
- Keputusan Piala Dunia 25 Jun 10
- Luna Maya lafaz cinta untuk Ariel
- "Nafi 2/3 BN tu agenda lama"
- Adegan lucah Ariel, Luna dalam DVD
- Wanita dipaksa bogel dan dirakam gambar
- Speaker Didesak Siasat Najib Bohong Berhubung PRK ...
- Bosan tengok PRESS R Astro?
- Rahsia Rukun 13
- Dokumentari Kontroversi Bakun Disiar di Youtube
- Keputusan Piala Dunia 24 Jun 10
- 55 juta untuk 11 PRK? PDRM Perlu Berjimat Cermat
- Warga Sarawak Prihatin Buat Laporan SPRM Terhadap ...
- Menteri Otak Kemetot Nak Buang Tak Boleh...
- Rayuan Gadis Manja
- PRK: SPR pakai RM6 juta,Polis pulak RM55 juta?
- Asri, 100 Ulama Diminta Tolak Sertai Umno Yang Rosak
- Remaja Perempuan 16 Tahun Bersekedudukan Ditahan M...
- ARIEL akhirnya disahkan “pelakon” video lucah
- Keputusan Piala Dunia 23 Jun 10
- Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"
- Klip video lucah 'Ariel' dijual RM5
- Tuudia!! Penoreh getah jadi bookie
- Lulus lesen judi,Mansuh lesen ayam
- Syarikat Yahudi dilayan, hak rakyat Kelantan dinafi
- Video seks ‘Peterporn’ tepati ramalan
- RM6.7 Bilion Untuk Dua Kapal Selam Scorpene
- Lain yang ditanya,lain yang dijawab?
- Keputusan Piala Dunia 22 Jun 10
- Najib Didesak Tunjuk Surat Kelulusan Lesen Judi Ke...
- Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri - PAS
- PAS Kedah sasar 20 kerusi DUN untuk PRU 13
- Cut akui mirip pelakon seks
- Najib 'Flip 'Flop' Bentang Terlalu Banyak Pelan, S...
- ‘Perogol bersiri’ pelajar kena dakwa
- Lambat ke pejabat kerana Penjara Pudu?
- Nenek tertipu cinta Internet
- Asri : Masuk Umno? (atau PAS?) — Yusri Mohamad
- Lebih tujuh kenamaan di kenal pasti terbabit judi ...
- Keputusan Piala Dunia 21 Jun 10
- Sertai Parti Politik Hak Peribadi, Janggal Dr Asri...
- Budak disunat jin
- Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan
- Salah laku seksual, seks bebas : 300 remaja Melayu...
- Khairy Terlibat Dalam Penawaran Lompat Parti?
- Tangkis pembohongan? siapa sebenarnya yang berbohong?
- Keputusan Piala Dunia 20 Jun 10
- AMK Pulau Pinang Mahu Bongkar Siapa Zahrain Sebenar
- Luna buang tatu di pinggul
- Ada berani ka Najib?
- Alasan Nazri Aziz Berhubung Lesen Judi Sukan Tidak...
- Tukar parlimen atau tukar kerajaan?
- Kebebasan Media: Rais Terus Berkhayal
- Lawak Ahad: Berita baik buat seorang bapa
- Sanggup layan lima lelaki sehari
-
▼
Jun
(272)