Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Januari 31, 2014

ADA JALAN MUDAH UNTUK DAPATKAN HIDAYAH?

Ada Jalan Mudah Untuk Mendapatkan Hidayah Antaranya Anda Perlu Tahu 3 Jenis Hidayah Ini...



Adakah anda tergolong dalam golongan orang yang mendapat hidayah? Siapa kita nak menghukum atau menentukan diri kita ini bahawa kita telah mendapat hidayah milik Allah? Bermuhasabahlah diri, sesungguhnya kita tidak layak untuk memiliki hidayah melainkan kurniaan Allah pada hamba-Nya. Kita hanya mampu berusaha untuk menambahkan ilmu dan mempertingkatkan amal, di samping memperbanyakkan doa memohon kepada Allah S.W.T yang Maha Berkehendak lagi Maha Memberi. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Penyayang. 


Kalau sekiranya seseorang hamba itu menunjukkan usahanya untuk mendapatkan hidayah, maka Allah akan permudahkan segala urusan hamba itu untuk mendapatkan hidayah kurniaan-Nya. Berusahalah dan jangan sesekali kita berputus asa untuk mendapatkan rahmat Allah yang berharga ini. Berikut ada 3 jenis hidayah yang kita semua perlu tahu dan ada yang kita perlu berusaha untuk mendapatkannya:



1. Hidayah Tabi'i.



Hidayah ini diberikan oleh Allah secara tabi'i (semula jadi) oleh Allah kepada setiap manusia. Tangisan pertama seorang bayi yang baru lahir juga termasuk dalam kategori hidayah jenis ini. Bukan sahaja bayi manusia, anak lembu juga sebaik sahaja dilahirkan akan terus menghisap susu ibunya.


Begitu juga dengan anak penyu akan terdorong (diberi petunjuk) untuk berenang menuju ke laut, bukannya ke darat. Kemahiran ini lebih dipandu secara semula jadi dan bukan dipelajari. Siapa yang memberi 'ilham' ini? Ya, ini bukan satu kebetulan, tetapi suatu hukum sunnatullah yang telah ditentukan oleh Allah melalui hidayah tabi'i. 


Hidayah untuk hidup ini, Allah kurniakan bukan untuk manusia sahaja, tetapi untuk haiwan dan juga tumbuhan. Mereka juga ada tindak balasnya terhadap cahaya, cuaca, musuh dan sebarang rangsangan berbentuk fizikal, Misalnya, tanpa berfikir (malah tanpa memandang sekalipun), kita akan menarik tangan dengan pantas apabila tersentuh benda-benda panas. Maka, tangan kita pun terselamat daripada melecur. Ia seperti deria rasa pada bahagian kulit. Bayangkan jika kita tidak dikurniakan hidayah ini.




"Hidayah ini tidak menjamin kebahagiaan manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat."


Haiwan dan tumbuhan sentiasa bertindak balas dengan makanan, oksigen, air, dan cahaya. Tindakan pantulan, proses osmosis, fotosintesis dan sebagainya adalah hidayah tabi'i kepada semua makhluk-Nya. Justeru, ia bukanlah satu kurniaan Allah yang istimewa buat manusia sahaja. Sekaligus, ia juga bukan menunjukkan keunikan dan kelebihan manusia. Ia cuma 'naluri asas' semata-mata.



2. Hidayah Khawas (Pancaindera).


Hidayah inilah merupakan kurniaan yang berupa pancaindera. Antaranya mata di mana kita boleh melihat, lidah di mana kita dapat merasa, hidung di mana kita dapat menghidu serta bernafas dan sebagainya. Dengan hidayah inilah juga kita dapat hidup untuk merasa makanan, selamat daripada sesuatu yang bahaya dari segi fizikal, berjalan dan sebagainya. Dengan hidayah khawas, hidup kita bukan lagi sekadar hidup, tetapi kita telah menikmati kehidupan kita di dunia ini.


Namun begitu, hidayah khawas juga ada batasnya. Pandangan mata hanya boleh melihat yang tersurat. Tetapi ia tidak mampu mentafsirkan apa yang dilihatnya itu. Kerana itulah manusia kerap kali tertipu dengan pandangan matanya. Kita selalu melihat fatamorgana, dari jauh ia kelihatan seperti air yang tergenang, tetapi apabila dekat barulah kita sedar bahawa ia cuma panas yang membahang.


Begitulah demikiannya, tidak semua yang kita lihat, dengar, bau, sentuh dan rasa adalah benar atau betul pada hakikatnya. Mata, tangan, telinga, dan lidah boleh tertipu. Apa yang kita lihat, perlukan tafsiran. Apa yang kita dengar, perlukan penjelasan. Maka dengan itu, barulah terserlah maksud dan maknanya. Kita lihat ombak bergerak, tapi kita tertanya-tanya kenapa ombak bergerak? Mata tidak akan dapat memberi jawapan. Sedangkan manusia adalah makhluk yang sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu secara meluas. Dan manusia itu juga tidak akan tenteram selagi mana mereka belum tahu.





3. Hidayah Akal.


Untuk menjawab apa yang tidak mampu dijawab oleh mata, maka Allah kurniakan hidayah melalui akal. Akal yang mempunyai 1000 bilion sel neuron dengan kecekapan beroperasi melebihi komputer peribadi Intel i7 itu dapat menangani keterbatasan pancaindera. Apa yang tidak boleh dicapai oleh penglihatan, kini dijangkau oleh pemikiran.


Bahkan kadang-kadang pemikiran kita sudah mampu 'pergi' dengan lebih jauh lagi daripada batas penglihatan kita. Misalnya, kita dapat mengetahui apa sebenarnya yang berada di atas permukaan bulan walaupun kita belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Bulan tidaklah seindah di pandangan mata, apabila dilihat dengan pandangan kepala (akal).


Dengan hidayah, akal manusia dilebihkan daripada haiwan dan tumbuhan bahkan makhluk Allah yang lain. Dengan akal, manusia dapat membezakan di antara kaca dan permata, walaupun kedua-duanya sama-sama berkilauan apabila dilihat dengan pandangan mata. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk, yang mana betul dan yang mana salah. Daripada akal kurniaan Allah ini, dapat timbulnya daya kreativiti dan inovasi. Berbagai-bagai ciptaan dapat dihasilkan.


Tamadun-tamadun besar dunia di India, tamadun Mesir Purba, tamadun Islam, tamadun Yunani, tamadun Pembaharuan Eropah dan lain-lain tamadun telah dapat dibangunkan dengan kecergasan dan ketangkasan daya fikir manusia. Bangunan-bangunan ajaib dunia, daripada pembinaan Piramid, Tembok Besar China, Colessium, Taman Tergantung Babylon hinggalah ke bangunan-bangunan pencakar langit yang tidak terhitung banyaknya pada hari ini. Semuanya dibangunkan oleh fikiran.


Laut boleh dijadikan pulau buatan manusia. Manakala gunung ditarah dan dibuat lubang untuk pembinaan terowong dan lebuh raya. Dengan akal, manusia mampu melebur dan menempa besi yang berada di perut bumi, kemudian dibuatnya kapal terbang untuk terbang ke udara dan dibuatnya pula kapal untuk diapungkan ke laut.


Wallahua'lam.


nukeufo89


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

1 ulasan:

  1. Nak dpt hidayah dan pastikan keimanan, makmurkan masjid !
    "Hanyasanya yg memakmurkan masjid masjid Allah (swt) yg beriman dgn Allah (swt) dan Hari Akhir, dan mrk mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan mrk tidak takut kecuali kpd Allah (swt). Mk mudah mudahan mrk menjadi org org yg mendpt hidayah." At Taubah 18.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive