Makmal kos sara hidup yang diilhamkan Najib telah berjaya menemui sejenis tumbuhan yang boleh digunakan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat.Tumbuhan yang dikenali kangkung atau nama saintifiknya Ipomoea aquatica ini ditemui sekitar longkang makmal tersebut oleh beberapa orang pakar kos sara hidup yang dilantik beliau... phuiiiiii...
Antara masakan yang popular yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan.Kangkung juga merupakan makanan kepada salah satu spesies haiwan Chersina, iaitu kura-kura. Arnab juga suka memakan kangkung hoho...
Dan ini lagu untuk Pak Jib....hoho
ARKIB : 19/12/2013
Kerajaan tubuh Makmal Mengenai Kos Sara Hidup
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju mewujudkan satu makmal khusus bagi mengkaji formula dan langkah susulan yang dapat membantu meringankan beban rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Makmal Mengenai Kos Sara Hidup yang diletakkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) itu akan mencari tindakan bagi membantu meringankan beban golongan sasaran terutamanya yang berpendapatan rendah dan golongan muda.
"Apabila saya bangkitkan perkara (kenaikan kos hidup) ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin dan Jemaah Menteri juga sangat terbuka kepada pandangan rakyat yang terpaksa mengalami pelbagai kenaikan kos seperti tol dan tarif elektrik.
"Kita (kerajaan) bersetuju untuk menubuhkan satu makmal khusus untuk memperhalusi semua kesan kenaikan harga dan mencari formula terbaik untuk meringankan beban rakyat daripada segi kos sara hidup," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Khairy mengulas mengenai Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri yang turut membincangkan kebimbangan rakyat terhadap pelbagai kenaikan kos termasuk tarif elektrik dan tol serta kesan gandaan terhadap harga barangan dan perkhidmatan.
Kelmarin, Khairy memberitahu isu kenaikan kos sara hidup dibangkitkan dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan beliau wajib membawa perkara itu dalam mesyuarat Kabinet agar kepentingan setiap golongan masyarakat termasuk orang muda terpelihara.
Sementara itu, Khairy berkata, penubuhan makmal yang bermula tahun hadapan dan akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala itu menerima persetujuan sebulat suara dari seluruh anggota Kabinet.
"Perkara ini menunjukkan keseriusan kerajaan yang tidak hanya melihat kenaikan yang terpaksa dibuat mengikut perjanjian tetapi juga langkah-langkah yang mesti dilakukan untuk membantu rakyat," katanya
Katanya, makmal tersebut akan melibatkan semua peringkat lapisan masyarakat termasuk golongan akademik dan profesional bagi mendapatkan idea-idea terbaik dalam matlamat utama meringankan beban kos hidup rakyat yang kian meningkat.
kak.kah.kah.kih.kih.kih.kih.hiiiiiiiiiii.aduh lawak nyer.....mak oi......nak terkencing nie.......ha.ha.ha.ha.lawakterbaek dr piem kangkung di abad nie.tooooooloooooong.
BalasPadamKangkung
BalasPadamTerimakasih bn..
BalasPadamPm.kita dpt.gelaran.iatu.pm.kangkung.
BalasPadamMakmal belanja mahal kangkong juga yg mereka nampak.
BalasPadamBuat apa nak adakan makmal ..... realitinya turunkan harga petrol ke Rm1.90 Ron 95 semula.....so all cost will be back to normal...itu lah solusi yang terbaik why must you waste money to create unnecessary research....
BalasPadamInilah akibatnye menjadi PM SECARA HARAM KERANA MENIPU SEMASA PRU 13.TIDAK MENDAPAT RESTU DARI RAKYAT MALAYSIA.NAJIB KAU TERIMALAH SEGALA MAKI HAMUN RAKYAT MARHEAN.
BalasPadamPeniaga naik kan harga makanan 15% harga makanan terus kena saman. TNB naik harga 15% ok je. Banyak teruk ini BN loo.
BalasPadammakmal cipta spesis kangkong baru pun ok.
BalasPadamtak ada faedah komen 2 bodoh kat blogger ni termasuk blogger yg boring.
BalasPadamMACAM SEDAP JA MAKAN BURGER MCDONALD LETAK KANGKUNG NI NAK RASALAH
BalasPadamKANNGKUNG TELAH MENGHURU HARAKAN HIDUP KU SEJAK KEBELAKANGAN NI TOLONG SAYA AAAAAAAAAAAAAAH
BalasPadamMALUNYA dpt PM setaraf pemikiran kangkung je............
BalasPadam