Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Januari 24, 2014

DAHSYATNYA AZAB KUBUR



Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya.

Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.

Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat dari itu.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepadanya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepadanya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.

Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi kekasihnya.

Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah Ali-Imran ayat : 16)


sumber



6 ulasan:

  1. Allahuakhbar.......semogamendapat hidayah dan kekuatan beramal.

    BalasPadam
  2. Kalau kita perhatikan ayat ayat Quran banyak menyebut tentang hari pembalasan apabila kita di bangkit dari kubur dimasa tiupan sangkala kedua dengan satu pekikkan mereka dihimpunkan dalam sekelip mata olih Allah Subha Nahuwataala yg memerintah pada hari tersebut ,Pada masa itu kita semua akan ada jasad dalam bentuk yg baru tidak ada tua dan kanak kanak melainkan umur sebaya dengan wajah yg tidak berubah sewaktu didunia .Allah tidak sesekali menyiksa roh nya yg ada didalam diri nya kerana ianya maha suci dari sebarang dosa yg dilaku olih jasad. Masa didalam kubur mana mungkin Allah menghidupkan kembalikan roh pada jasad orang didalam kubur kita penuh keyakinan apa di firmankan Allah bahawa segala anggota kita akan menjadi saksi dan suratan amalan akan dibentangkan yg menentukan baik buruknya apa yg jasad kita lakukan masa didunia dulu apa pun perbedaan pendapat dibenarkan dalam islam kerana Allah menjadikan sekalian hamba yg beriman mengetahui dan mengkaji apa yg difirman didalam Quran itu benar belaka.Islam bukan ugama yg menyepitkan akal Allah memberi hidayah dan petunjuk pada mereka yg berusaha mencari kebenaran untuk kita mentauhidkan nya.

    BalasPadam
  3. Saalam perkenalan..jika tidak keberatan mohon pautkan blog saya di sini, jika tidak menjadi keberatan. Walaubagaimanapun blog tuan/puan/cik sudah saya pautkan di :

    http://daengselili.blogspot.com/

    Selamat berblogging~!!!! Terima Kasih!

    BalasPadam
  4. INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.

    Al Quran menyatakan kejadian Adam AS dan Bani Adam terdiri dari dua kembar atau kejadian.

    1. Kejadian Zahir. 2. Kejadian Batin.

    Kejadian zahir insan terbentuk dari SARIPATI, SERAT dan HIDRAT yang terkandung dalam tanah, terdiri dari gas-gas, zat-zat galian, mineral-mineral, protein dan vitamin-vitamin.

    >Ar Rahman: 14. >As Sajaddah: 7. >Ash Syafaat: 11. >Ali Imran: 59. >Al Hijr: 28.

    Apa yang dimaksudkan dengan gas itu adalah gas-gas yang terdiri dari gas pembakar atau oksigen, gas hydrogen (2 kandungan hydrogen + 1 kandungan oksigen = Zat atom AIR), nitrogen, carbon dioksida dll.

    Zat bahan galian atau mineral pula terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus, kalium, zat besi, beta karotin, asid dan Alkali.

    Manakala vitamin pula terdiri dari vitamin A, B, C, D, E, K dsb.

    Saripati, serat dan hidrat tersebut berupa sebatian kering yang keras, berbau hanyir, berlendir, lekit dan berair.

    Kejadian di atas disebut sebagai kejadian FIZIKAL atau ZAHIR.

    Menurut Ulamak Tauhid kejadian berkenaan dipanggil DIRI ZAHIR.

    Setelah sempurna jasad Adam maka Allah SWT ‘meniupkan ROH ALLAH’ ke jasad Adam.

    >Al Hijr: 29.

    Kejadian ini disebut sebagai diri BATIN. Terdiri dari Roh Allah yang mengandungi Annur (zat Muhammad dan malaikat) dan Annar (Qarin atau Akhlak, Iblis, jin dan syaitan)

    Yang zahir akan tinggal di tanah, TERKUBUR di dalam KUBUR.

    Yang batin ‘Ya ai'ya TUHAN nafsul mudma'inah’ berada di BARZAKH alam yang terdinding di antara 2 alam iaitu Alam Dunia dan Alam Akhirat terdiri dari Sijjin dan Illiyin.

    >Al Fajr: 27-30. >Al Mukminun: 99-100.

    Moga kekeliruan dari semua imam-imam syariah terdahulu yang bercanggah pendapat beroleh pencerahan sebenar dari landasan Al Quran Kalam Allah.

    Roh akan dimasukkan semula ke DIRI BATIN dan bukan jasad diri zahir.

    BalasPadam
  5. Salam Ustaz, saya ingin meminta pencerahan dalam hal berikut:

    1. ROH ALLAH DALAM ADAM.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

    فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

    Setelah sempurna jasadnya Aku tiupkan Roh ciptaanKu maka hendaklah bersujud.

    Al-Hijr 29.

    2. JIWA YANG TENANG.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

    يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

    Ya jiwa yang tenang, kembalilah kepada Penguasamu dengan kepuasan dan keredaan, kekal abadi berasama jemaah di Jannah.

    (QS al-Fajr [89]:

    3. QARIN.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ ٱلرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطَٰنًا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾

    Sesungguhnya setiap manusia disertakan oleh Allah dengan
    Qarin yang sentiasa didampingi syaitan.

    Surah Zukhruf 43:36.

    4. SIJJIN.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ

    Setiap kemungkaran tercatit di dalam kitab Sijjin.

    Al Muthaffin 7

    5. ILLIYYIN.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ

    Setiap kebaikan yang dilakukan tercatit di dalam kitab ‘Illiyyin.

    Al Muthaffin 18

    6. BARZAKH.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    لَعَلِّي أَعْمَلُ صالِحاً فيما تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها وَ مِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلى‏ يَوْمِ يُبْعَثُونَ َ

    Yang engkar minta dikembalikan ke dunia supaya boleh beramal semula, sedangkan dia telah berada di Barzakh hingga datangnya hari pembangkitan.

    Al Mukminun : 100.

    > Adam dijadikan dari 2 kejadian iaitu 1. Diri Zahir. 2. Diri Batin.

    > Diri Zahir Adam dijadikan daripada zat-zat, gas-gas, bahan mineral, vitamin, protein, alkali dan asid yang diekstrak dari tanah.

    > Allah meniupkan ROH ciptaannya terdiri dari Jiwa yang Tenang, Annur dan Annar ke jasad Adam.

    > Jiwa yang tenang atau TUHAN NAFSUL MUDMA'INNAH dijemput semula oleh Allah ke Jannah, dari Allah kembali kepada Allah. Tidak disebut Islam atau kafir.

    > Perbuatan baik (Annur) disimpan di Illiyyin.

    > Perbuatan jahat (Annar) disimpan di Sijjin.

    > Qarin atau yang engkar disimpan di Barzakh.

    > Qalbi tidak tahu mana disimpan, sebab tidak disebut dalam Al Quran kecuali hadis yang tidak pasti tahapnya.

    > Alam barzakh bukan di dunia dan bukan pula di akhirat, satu dimensi alam hanya Allah yang tahu.

    PERSOALANNYA ADAKAH SIJJIN DAN ILLIYYIN ITU BERADA DI BARZAKH YANG DIMAKSUDKAN SEMPIT DAN LAPANG?!?

    SIAPA YANG BAKAL DIBAKAR DI JAHANNAM DAN SIAPA YANG KEKAL ABADI BERSAMA JEMAAH DI JANNAH??!?

    ALAM KUBUR ITU PULA BAGAIMANA USTAZ, ADA KE DISEBUT DALAM AL QURAN???

    ADA KE AZAB KUBUR...SEDANGKAN JASAD DAH JADI MAYAT TAK BERNYAWA??!

    RATA-RATA BAB KUBUR DILANDASKAN DARI HADIS LEMAH, PALSU, DAIF, ISRAELIAT DAN ADA YANG DIANGGAP SAHIH...JIKA TERSILAP TIDAKKAH INI JATUH SYIRIK DAN BIDAAH???

    BalasPadam
  6. Salam Ustaz, saya ingin meminta pencerahan dalam hal berikut:

    1. ROH ALLAH DALAM ADAM.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

    فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

    Setelah sempurna jasadnya Aku tiupkan Roh ciptaanKu maka hendaklah bersujud.

    Al-Hijr 29.

    2. JIWA YANG TENANG.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

    يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

    Ya jiwa yang tenang, kembalilah kepada Penguasamu dengan kepuasan dan keredaan, kekal abadi berasama jemaah di Jannah.

    (QS al-Fajr [89]:

    3. QARIN.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ ٱلرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطَٰنًا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾

    Sesungguhnya setiap manusia disertakan oleh Allah dengan
    Qarin yang sentiasa didampingi syaitan.

    Surah Zukhruf 43:36.

    4. SIJJIN.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ

    Setiap kemungkaran tercatit di dalam kitab Sijjin.

    Al Muthaffin 7

    5. ILLIYYIN.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ

    Setiap kebaikan yang dilakukan tercatit di dalam kitab ‘Illiyyin.

    Al Muthaffin 18

    6. BARZAKH.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    لَعَلِّي أَعْمَلُ صالِحاً فيما تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها وَ مِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلى‏ يَوْمِ يُبْعَثُونَ َ

    Yang engkar minta dikembalikan ke dunia supaya boleh beramal semula, sedangkan dia telah berada di Barzakh hingga datangnya hari pembangkitan.

    Al Mukminun : 100.

    > Adam dijadikan dari 2 kejadian iaitu 1. Diri Zahir. 2. Diri Batin.

    > Diri Zahir Adam dijadikan daripada zat-zat, gas-gas, bahan mineral, vitamin, protein, alkali dan asid yang diekstrak dari tanah.

    > Allah meniupkan ROH ciptaannya terdiri dari Jiwa yang Tenang, Annur dan Annar ke jasad Adam.

    > Jiwa yang tenang atau TUHAN NAFSUL MUDMA'INNAH dijemput semula oleh Allah ke Jannah, dari Allah kembali kepada Allah. Tidak disebut Islam atau kafir.

    > Perbuatan baik (Annur) disimpan di Illiyyin.

    > Perbuatan jahat (Annar) disimpan di Sijjin.

    > Qarin atau yang engkar disimpan di Barzakh.

    > Qalbi tidak tahu mana disimpan, sebab tidak disebut dalam Al Quran kecuali hadis yang tidak pasti tahapnya.

    > Alam barzakh bukan di dunia dan bukan pula di akhirat, satu dimensi alam hanya Allah yang tahu.

    PERSOALANNYA ADAKAH SIJJIN DAN ILLIYYIN ITU BERADA DI BARZAKH YANG DIMAKSUDKAN SEMPIT DAN LAPANG?!?

    SIAPA YANG BAKAL DIBAKAR DI JAHANNAM DAN SIAPA YANG KEKAL ABADI BERSAMA JEMAAH DI JANNAH??!?

    ALAM KUBUR ITU PULA BAGAIMANA USTAZ, ADA KE DISEBUT DALAM AL QURAN???

    ADA KE AZAB KUBUR...SEDANGKAN JASAD DAH JADI MAYAT TAK BERNYAWA??!

    RATA-RATA BAB KUBUR DILANDASKAN DARI HADIS LEMAH, PALSU, DAIF, ISRAELIAT DAN ADA YANG DIANGGAP SAHIH...JIKA TERSILAP TIDAKKAH INI JATUH SYIRIK DAN BIDAAH???

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive