Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 28, 2010

FAM alpa

Oleh Aziman Rosdi
2010/07/28


KETIKA Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih sibuk mencari dana bagi menampung perbelanjaan Harimau Muda A beraksi di Liga Satu Slovakia dalam musim baru 2010-2011, saingan liga itu sebenarnya sudah pun bermula.

Perkara itu pastinya mencetuskan kemusykilan apabila FAM sebelum ini sudah menyuarakan hasrat untuk menerima pelawaan pihak Kesatuan Liga Slovakia (ULK) bagi menyertai liga berkenaan selepas perbincangan memohon bantuan kewangan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendapat reaksi positif.

Laman web rasmi ULK (www.futbalulk.sk) menunjukkan Harimau Muda yang kini dibimbing jurulatih baru Ong Kim Swee sudah terlepas dua perlawanan Liga Satu (Liga Divisyen Dua Slovakia) sejak saingan liga itu membuka tirai pada 17 Julai lalu dengan hanya membabitkan 12 pasukan.


Sekiranya badan induk bola sepak tanah air itu berjaya mendapatkan dana daripada KBS dalam masa terdekat ini, agak mustahil juga misi itu dilaksanakan melainkan ULK bersedia untuk menunda perlawanan skuad muda negara yang menjadi pasukan ke-13 yang bertanding dalam liga itu dengan jumlah pasukan yang ganjil.


Ataupun FAM sudah berubah angin, mahu mengintai destinasi baru buat pasukan bawah 21 tahun negara itu memandangkan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad kini mengiringi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim dalam kunjungan bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seoul, Korea Selatan.


Ia sekali gus meninggalkan pengendali Harimau Muda A, tertanya-tanya apakah perancangan yang mahu dilakukan majikannya itu.


“Buat masa ini belum ada kata putus sama ada Harimau Muda akan beraksi sekali lagi di Slovakia ataupun tidak, saya masih menunggu keputusan FAM. Mungkin FAM ada Pelan B, itu terpulang kepada perancangan mereka.


“Difahamkan ada perjanjian menyatakan ULK bersedia menunda satu atau dua perlawanan untuk memberi peluang kepada pasukan kita beraksi,” kata Kim Swee yang memikul tugas selepas FAM merehatkan jurulatih sebelum ini, Mohd Azraai Khor Abdullah gara-gara pergeseran dengan barisan kejurulatihan Harimau Muda A ketika berada di Slovakia.


Mengikut maklumat dipaparkan dalam laman web itu, Liga Satu Slovakia bermula pada 17 Julai lalu sebelum berehat seketika selepas perlawanan pada 27 November sebelum bersambung semula pada 5 Mac tahun depan dan berakhir pada 28 Mei.

HM

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive