Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 28, 2010

Kali pertama ke rumah urut, diserbu polis



KUALA LUMPUR 27 Julai - Tertarik mendengar cerita rakan-rakan mengenai keseronokan diurut gadis bogel dari China, dua jurujual syarikat jualan langsung terdorong mengunjungi sebuah pusat urut di Menara PGRM, Cheras di sini malam tadi untuk merasai pengalaman itu.

Namun, nasib mereka malang kerana baru kali pertama mengunjungi pusat urut refleksologi itu, mereka ditahan polis yang melakukan serbuan.

Kedua-dua mereka antara tiga pelanggan ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dalam 'Ops Noda' yang diadakan pukul 10.30 malam.

Dalam serbuan itu, tujuh wanita dan seorang lelaki bekerja sebagai tukang urut berusia antara 24 dan 38 tahun turut ditahan kerana disyaki menawarkan khidmat urutan bogel dan seks serta ada yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Polis turut menemui sejumlah kondom di bawah tilam yang cuba disorokkan oleh wanita tukang urut terbabit sebaik sahaja menyedari kehadiran polis.

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Cif Inspektor Badrul Hisham Bakri berkata, selain menawarkan khidmat urutan kaki, siasatan mendapati tukang urut wanita di pusat terbabit juga menawarkan urutan bogel dan khidmat seks kepada pelanggan yang berminat.

Beliau berkata, perbuatan mereka jelas melanggar undang-undang kerana pusat urut itu hanya diberi lesen menjalankan perniagaan refleksologi.

Malah, katanya, serbuan ini kali kedua dilakukan di pusat urut sama sejak ia beroperasi tahun lalu.

"Pada Disember tahun lalu, kita pernah menyerbu pusat urut ini kerana melakukan kesalahan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

"Namun, pemiliknya tidak serik apabila masih meneruskan perniagaan haram tersebut sehingga kini," katanya ketika ditemui di tempat serbuan malam tadi.

Menurut Badrul, bagi mengelak ditangkap, pemilik pusat urut terbabit turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kehadiran polis di tempat letak kereta, kawasan pejalan kaki dan pintu masuk ke premis terletak di tingkat satu bangunan Menara PGRM.

Beliau berkata, siasatan mendapati pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat urutan kaki dikenakan bayaran RM50 sejam manakala RM150 bagi urutan seluruh badan.

Sementara itu, salah seorang jurujual terbabit berkata, dia berkunjung ke pusat urut itu setelah disyorkan rakan-rakannya yang pernah mendapatkan khidmat mengurut di premis tersebut.

"Ini pertama kali saya berkunjung ke pusat urut seperti ini dan tak sangka polis membuat serbuan.

"Tujuan saya hanya mahu merehatkan badan dan melihat perempuan cantik. Selama ini, saya hanya mendengar keseronokan mengurut badan dengan perempuan China daripada mulut rakan-rakan dan teringin merasai sendiri pengalaman tersebut," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Tan, 36.

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive