Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 26, 2010

Patut la HingaQ!!!

  

  Hang pa perasan tak, sejak menjak kebelakangan ni dah tak kecoh dah pasai gula. Baik dari hal tak da gula atau keburukan berlebihan gula. Dah tak da dah iklan dalam TV tentang keburukan gula, sudah tak ada saranan dan nasihat dari doktor ke udara di media, sudah tiada alasan dan penekanan pemgambilan berlebihan gula kepada rakyat. 


  Sebab apa , sebab harga gula dah naik. Sebab dah ada orang yang untung besaQ, sebab pendapatan dah meningkat 5 duit.!!


  Oooo!!! patut laa dulu skit punya hingaQ pasai gula. Kalau kita imbas semula isu gula ni. Awal mula pertama mula rakyat di hantui oleh masalah kekurangan gula. Sahabat aku kat Kuantan habaQ depa dah mengalami kesukaran untuk mendapatkan gula 3 bulan sebelum kenaikan harga gula. Kemarin aku gi shopping barang dapuQ, AMBOI!!!! gula skit punya banyak noo...!!! Sekarang nak mandi dengan gula pun tak pa dah, tak da sapa marah dan nak bagi nasihat dah. Ikut hang pa la nak kencin manis ka, nak darah manis ka, ikut suka hang pa. Sebab hajat nak kasi penaik udah makbul sebenaQnya.


  Sekarang dah buleh buat sifir dah suasana sekarang ni. Sifir mudah untuk penguna dan pengundi. Kalau ada berita angin habaQ tak naik, maknanya nak naik laa tu!!. Kalau ada berita angin habaQ tak bubar tu tanda nak bubar la tu!!!. Kalau ada berita angin habaQ tak da piliharaya tu tanda dah dekat pilihanraya la tu!!. Kalau ada berita hangat habaQ pasiaQ kena curi tu tanda tak da pasiaQ yang dicuri la tu!!!. Hang pa la ni kena pandai campur darab tolak bahagi semua hal, kalau tak hang pa kena kelipiaQ hidup hidup dengan depa. Business is every time!!!.

okgc.blogspot.com

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive