Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 24, 2010

Eksekutif jualan gila seks diberkas

KLANG 23 Julai – Hobi gila seorang eksekutif jualan yang gemar menyimpan seluar dalam dan coli wanita yang dicuri membawa padah apabila dia diberkas polis untuk membantu siasatan kes rogol seorang kanak-kanak berusia 14 tahun semalam.

Lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai eksekutif jualan itu diberkas di apartmennya di Jalan Batu Tiga Lama di sini sehari selepas mangsa membuat laporan polis.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Difahamkan, semasa menggeledah apartmen suspek, polis menemui gambar dan video lucah termasuk rakaman yang diambil lelaki itu ketika melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.

“Polis telah menggeledah rumah sewanya dan berjaya menemui bukti-bukti yang dipercayai dapat membantu siasatan.

“Suspek yang turut berada di rumahnya kemudian diberkas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, ini adalah kali pertama lelaki itu diberkas atas tuduhan merogol dan siasatan lanjut masih dijalankan.

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive