Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 26, 2010

Bola Malaysia: Cadangan kepada FAM



Pasukan Bola Sepak Bwh 23 Malaysia Menang-Cadangan Cikgupj Kepada FAM

Oleh: cikgupj

Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia Bwh 23 tahun kerana berjaya mengalahkan Pasukan Bola Sepak Olimpik Korea Selatan 1-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Bukit Jalil. Walaupun ini adalah satu perlawanan persahabatan, tetapi kemenangan ini menunjukkan, tiada perbezaan yang ketara antara kebolehan pemain Malaysia dan Korea. Sekiranya Malaysia bersedia dengan ikhlas mahu memperbaiki kelemahan yang ada, sama ada berkaitan pemain, jurulatih/pegawai atau pengurusan, cpj percaya Malaysia juga boleh mencapai apa yang dicapai oleh Korea dan Jepun, tambahan pula sejarah membuktikan Malaysia pernah disegani di Benua Asia.

Cpj belum membuat kajian latar belakang pemain tersebut, tetapi berdasarkan pengalaman lampau, cpj percaya, tahap pencapaian akademik mereka tidaklah setinggi mana, mungkin majoritinya setakat SPM sahaja. Bukan bertujuan merendahkan mereka, tetapi sekiranya ingin menjadi pemain bertaraf dunia keupayaan mental dan tahap ilmu pengetahuan berkenaan juga haruslah pada tahap yang tinggi. Cpj percaya sekiranya mereka diberi peluang meningkatkan kebolehan dan pencapaian ilmu pengetahuan dalam bidang yang mereka minati, mereka juga boleh berjaya.

Sehubungan itu cpj mencadangkan kepada FAM supaya menaja atau memberi biasiswa kepada pemain-pemain muda yang berbakat meningkatkan keupayaan mental dan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang berkaitan di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan atau luar negara. Kursus yang paling besesuaian untuk mereka ialah Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Dengan membekalkan ilmu pengetahuan seperti yang dipelajari oleh penuntut Ijazah Pendidikan Jasmani, mereka akan menjadi pemain yang sempurna dan akan sanggup menghadapi cabaran di peringkat dunia. Dalam jangka masa panjang, ini tidak merugikan kerana setelah mereka bersara dari pemain pro, mereka boleh menjadi jurulatih yang berwibawa.

Cpj tidak ingin menyentuh perkara-perkara lain tentang kelemahan Malaysia di sini. Cukuplah dulu satu kelemahan yang ketara bagi pemain-pemain seperti yang cpj sebutkan tadi. Kita boleh buat kajian supaya dapat buktikan bahawa pemain kita mempunyai mentaliti dan pencapaian akademik yang rendah. Soalan yang senang mungkin boleh kita sendiri jawab ialah berapa ramaikah pemain bola sepak kebangsaan kita yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda? Atau sekurang-kurangnya di peringkat Diploma. Ada beberapa orang pemain bola yang bagus dan ada diantaranya bekas anak murid cpj yang cpj kenal dan tahu sangat setakat mana keupayaan mental dan tahap ilmu pengetahuan mereka. Itu sebab mereka sukar untuk menjadi pemain pro yang bertaraf dunia.

cikgupj.blogspot.com



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive