Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 22, 2010

Pelajar rogol ibu saudara lembam


MELAKA - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Pokok Mangga, dekat sini sanggup merogol ibu saudaranya yang lembam bagi memuaskan nafsunya.

Akibat perbuatan itu, mangsa berusia 15 tahun dan masih bersekolah itu kini dikatakan mengandung lima bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa menetap bersama kakaknya iaitu ibu kepada remaja lelaki berkenaan di Pokok Mangga, dekat sini.

Menurutnya, satu laporan mengenai kejadian itu dibuat Ahad lalu selepas perbuatan itu terbongkar sebaik saja mangsa menceritakan perkara itu kepada seorang lagi kakaknya iaitu adik kepada ibu suspek.

“Berikutan laporan itu, polis menahan reman suspek berkenaan sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri di Bukit Beruang, dekat sini, semalam

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

SH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive