Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 23, 2010

Guru cabul murid Tahun Satu

ARAU 21 Julai – Seorang murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah di Jelempok di sini mengalami trauma untuk ke sekolah setelah mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki sekolah berkenaan yang berusia lingkungan 50-an.

Ketika ditemui di rumahnya di sini, murid berkenaan mendakwa guru berkenaan mencium pipi kirinya di belakang pintu dalam bengkel kemahiran hidup ketika waktu rehat pagi semalam.

“Dia menyuruh seorang murid memanggil saya untuk pergi berjumpanya di bengkel tersebut, setibanya saya di bengkel itu dia menyuruh saya pergi ke belakang pintu bengkel sebelum mencium saya,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, guru berkenaan mengarahkannya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian tersebut.

Katanya, ketika kejadian tiada sesiapa berada di dalam bengkel ataupun kawasan berhampiran.

“Saya terperanjat dengan tindakan cikgu lalu lari menyembunyikan diri,” katanya kepada para pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, ketika diarah berjumpa guru berkenaan, dia mengandaikan guru itu mahu bertanya mengenai peperiksaan namun sebaliknya yang berlaku.

Murid itu memberitahu, dia mengenali guru tersebut tetapi guru itu tidak mengajarnya dan hanya dilihat selalu bertugas menjaga peperiksaan di sekolah berkenaan.

Akibat kejadian tersebut, murid berkenaan yang merupakan anak kepada seorang anggota bomba dan penyelamat di sini mendesak keluarganya agar menukarkannya ke sekolah lain.

Sementara itu, bapa murid berkenaan berusia 41 tahun yang berang dengan tindakan guru tersebut telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis pada pukul 8 malam semalam.

“Tindakan guru itu amat melampau, saya bimbang ada murid lain yang akan menjadi mangsa selepas anak saya,” katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut diberitahu sendiri oleh anaknya sebaik sahaja dia pulang ke rumah selepas habis waktu kerja pada pukul 7 malam semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan daripada bapa murid perempuan itu.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan anggotanya diarahkan mengambil keterangan saksi dan suspek yang terlibat di sekolah itu.

2 ulasan:

  1. buat malu cikgu, itu antara sebab cikgu dah tidak dihormati lagi...siasat, dan kenakan tindakan sewajarnya.

    BalasPadam
  2. tak perlula siasat lagi, takkan budak tu tiba2 tuduh cikgu tu. perbuatan dia ni mcm binatang yg tak moral patut digantung oleh pihak sekolah dan dipenjarakan

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive