Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 23, 2010

Pelacur terkejut,diserbu dalam keadaan berbogel



Premis refleksologi diserbu, 12 pelacur ditahan
22/07/2010 10:02pm

KUALA LUMPUR – Seramai 12 wanita dari China yang menjalankan aktiviti pelacuran ditahan di dalam premis yang berselindung di sebalik perniagaan refleksologi di Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini hari ini.

Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, DSP Razali Abu Samah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang dekat Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ) itu, polis turut menahan empat pelanggan dan seorang penjaga premis.

"Hasil risikan yang dijalankan polis, kita dapati premis tersebut bukan sahaja menjalankan urutan refleksologi tetapi turut menawarkan khidmat seks dengan pekerjanya berpakaian seksi.

"Ketika ”Operasi Noda” itu, dua pelanggan bersama dua pelacur terkejut apabila diserbu dalam keadaan berbogel, manakala wanita China yang lain sedang menunggu pelanggan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kesemua 12 wanita warga asing berkenaan yang menggunakan visa lawatan, berusia 20 hingga 31 tahun, di mana salah seorang daripada mereka merupakan ibu ayam. – Bernama

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive