Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 24, 2010

Peterporn: Sandra Dewi pula dikatakan terbabit

JAKARTA 22 Julai – Seorang lagi aktres jelita Indonesia dilaporkan terbabit dengan skandal seks vokalis Peterpan, Nazril Ilham alias Ariel, namun kali ini ia membabitkan hanya gambar lucah pelakon tersebut.



Gambar-gambar berani Sandra Dewi, 26, dikatakan terdapat dalam komputer riba milik Ariel, yang turut memuatkan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari sebelum ini.



Polis bagaimanapun enggan mengulas mengenainya kerana sebarang maklumat daripada komputer riba itu adalah sebahagian daripada penyiasatan yang perlu dirahsiakan.



“Kalau soal itu saya tidak mahu mengulas. Kalau benar sekalipun, saya tidak akan mengatakan apa-apa mengenainya,” tegas jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto kepada pemberita.



Polis juga enggan mengulas tentang khabar angin wujudnya 23 video lain dalam komputer riba tersebut.



Sementara itu, Luna Maya hari ini diperintah melapor diri dua kali seminggu di ibu pejabat polis selepas dinamakan sebagai suspek, sehingga kes itu dibicarakan di mahkamah.



Namun Cut Tari dikecualikan kerana memberi kerjasama dan pengakuan terlibat dalam kes video seks yang menggegarkan Indonesia itu.



Peguam kepada Cut Tari, Hotman Paris Hutapea menyatakan, di antara ketiga-tiga selebriti yang menjadi suspek kes video itu, hanya Luna Maya yang dikehendaki melapor diri dua kali seminggu.



“Yang wajib lapor itu hanya Luna Maya kerana yang saya tahu dari ketiganya baru Cut Tari sahaja yang mengaku,” katanya.



Hotman kini sedang mempersiapkan Surat Perintah Penghentian Penyiasatan (SP3) terhadap kes anak guamnya itu yang mana dia menegaskan undang-undang pornografi tidak boleh dikenakan kerana rakaman dibuat pada tahun 2006 sedangkan undang-undang itu dikuatkuasakan pada 2008.



btmmari

2 ulasan:

  1. salam,

    bro, tak perlu gambar lucah...apa-apa yang terpapar dalam kiriman ini pun sudah memaparkan apa-apa yang ingin dipaparkan oleh gamabr lucah itu....hahahaha

    tayadihmaysia

    BalasPadam
  2. GAMES KARTU ONLINE TERBESAR DI ASIA
    - JURAGANQQ -
    MENYEDIAKAN 7 PERMAINAN KARTU TERFAVORIT
    BANDAR Q | DOMINO 99 | ADU Q | BANDAR POKER | POKER | CAPSA SUSUN | SAKONG
    GABUNG SEKARANG
    MEMBERIKAN BONUS TERBESAR !!
    - CASHBACK 0.3%
    - REFFERAL 15%
    - JACKPOT !!
    - MINIMAL DEPOSIT & WITHDRAW 20RB
    - BEST SERVER FOR GAMBLING NO ROBOT !
    - PLAYER VS PLAYER
    - FAST PROSES !
    - CS ONLINE 24 JAM
    JuraganQQ

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive