Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 31, 2010

Mansuh saman ekor


IPOH - Saman ekor perlu dimansuhkan kerana ia hanya memberi bebanan kepada rakyat, kata dua warga bandar raya, Jaswant Singh, 53, dan Lim Chong Tee, 64, yang tidak berpuas hati dengan isu saman berkenaan.

Jaswant, seorang operator kenderaan dari sebuah syarikat di Negeri Sembilan, menyuarakan rasa kesalnya terhadap pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengeluarkan dua saman terhadapnya serta pihak majikan ketika sedang menukar tayar lorinya di lorong kecemasan lebuh raya.

“Saya akui saya tidak meletakkan kon segi tiga amaran ketika berhenti, tetapi saya sangat kesal kerana saya disaman atas dua pertuduhan iaitu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan tidak mempamerkan segi tiga kecemasan.

“Kedua-duanya hanya satu pertuduhan sahaja. Selain itu, pihak majikan turut sama disaman berikutan kejadian berkenaan,” katanya.

Pendapat Jaswant turut disokong Chong Tee yang mengalami kes kecurian kereta di sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini, pada 6 Mei tahun lalu.

Chong Tee yang bekerja sebagai jurujual berkata, dia telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, namun sehingga ke hari ini, keretanya masih gagal ditemui.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila menerima saman, ketika mahu membuat semakan saman pada 20 Julai lalu, berikutan kesalahan yang dilakukan atas nombor kenderaan yang sama pada 4 Julai 2010 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Ini menunjukkan bahawa kenderaan berkenan masih wujud dan masih digunakan pihak lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat Dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Bahagian Ipoh Barat, Mohd Rawi Abdullah, berkata, kedua-dua insiden berkenaan memerlukan penjelasan terperinci kerana ia dianggap menganiayai rakyat.

Katanya, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula pemansuhan perkara berkenaan kerana sehingga ke hari ini sudah terlalu banyak aduan berhubung permasalahan yang timbul berkaitan isu saman tersebut.

“Keadaan ini menyukarkan rakyat ketika mahu memperbaharui lesen atau cukai jalan termasuk faktor kenaikan harga barang pada ketika ini,” katanya.

SH

2 ulasan:

  1. Pada Khamis 20 Mei 2010 saya telah menerima dua saman ekor. Pertana di Jln Kuala Krai Gua Musang yang mencatatkan kejadian pada jam lebih kurang 10.40 pagi, telah menandu pada kelajuan 88km/j di kawasan yang hadlajunya 60km/j dan yang kedua di Jalan Merapoh Kuala Lipis pada jam lebih kurang 12.43 tengahari, telah memandu pada kelajuan 91km/j di kawasan yang halajunya 70km/j. Ketika itu saya dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur bagi tujuan pendaftaran anak di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya (pada 21 Mei 2010). Cuba bayangkan ketika jalan lengang (tiada kenderaan lain bersaing mahupun berseliseh) adakah sesuai memandu dengan halaju yang dihadkan itu? Saya akui memang saya memandu pada kelajuan yang dikesan itu. Persoalannya mengapa perangkap halaju polis tidak dipasang pada kawasan yang halajunya 90km/j? Di situ saya lihat ramai yang memandu melebihi 100km/j. Kalau iapun perangkap halaju hendak dipasang dikawasan yang halajunya 60km/j atau 70km/j, biarlah ketika jalan sibuk atau waktu puncak. Di sini saya lihat, pihak polis sengaja hendak "menangguk di air keruh".

    BalasPadam
  2. KERA JAAN SKRG TAKDE DUIT...CARA NAK DPT DUIT PALING SENANG IALAH DGN CARA NI JE LA..RAKYAT PANDAI2 LA PIKIR...KERA JAAN MEMANG MENYUSAHKAN RAKYAT...PAK2 MENTERI APE NK SUSAH...SEMUA DUIT RAKYAT YG TLG BYARKAN...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive