Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 13, 2009

Manek Urai : BUKANKAH INI RASUAH PILIHAN RAYA?




Malang apabila pembangunan yang sepatutnya menjadi kewajiban pemerintah dijadikan "gula-gula sintetik pilihan raya". Inilah yang berlaku setiap kali berlansungnya pilihan raya. Tidak kiralah status pilihan raya tersebut, sama ada pilihan raya kecil atau pun pilihan raya umum. Ada yang berjanji itu...berjanji ini. Dalam hal ini, saya juga tidak menafikan pembabitan pembangkang dalam perkara yang diutarakan. Biarpun begitu, ada perbezaan apabila janji-janji seumpama itu diucapkan oleh "orang yang tidak mempunyai kuasa" dengan "orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian". Mengapa perlu tunggu pilihan raya untuk berbuat itu, berbuat ini? Itulah perbezaannya.

Persoalannya, perlukah kemudahan untuk rakyat dijadikan "umpan" pilihan raya? Lebih menyedihkan apabila pemerintah yang sememangnya mempunyai kuasa dan berkewajiban untuk membangunkan semua kawasan di negara ini tanpa batasan fahaman politik berbuat demikian. Bayangkan sedang asyik anda mendengar janji-janji manis pihak yang bertanding, tiba-tiba terdengar kalimah ini:

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN."
Tidakkah anda berasa terhina? Walaupun bukan penduduk Manek Urai, saya berasa amat terhina? Bukankah kita "raja" yang memilih orang-orang ini untuk memberikan khidmat kepada kita? Bagaimana kalau pihak yang memberikan "syarat" ini tewas dalam pilihan raya di kawasan ini sampai bila-bila? Sudah tentu penduduk di Manek Urai kempunan jambatan itu selama-lamanya juga. Duit siapakah yang digunakan untuk membangunkan negara ini? Bukankah kita ada "syer" dalam perbelanjaan membangunkan negara ini? Wajarkah pemimpin yang memegang amanah yang diberikan oleh rakyat berkata demikian? Bukankah ini suatu ugutan? Bukankah ini suatu rasuah? Yang pasti, kenyataan ini mengiyakan peranan kerajaan persekutuan yang menganaktirikan penduduk Kelantan selama 18 tahun di perintah oleh PAS. Kenyataan ini juga mengiyakan kenyataan TG Datuk Nik Aziz Nik Mat selama ini. Pencinta Kerajaan Perpaduan wajar "membuka mata dan telinga".

Wahai penduduk Manek Urai dan seantero negara: Inikah parti yang mahu anda pilih untuk mewakili nasib anda pada masa hadapan? Inikah pemimpin yang mahu anda harap untuk membela nasib anda dan keluarga anda? Fikir sejenak, buat keputusan.

duniacacamarba


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive