Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 16, 2009

1 Malaysia F1: Bila masa rakyat didahulukan? | Nizar News



Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, 16 Sept — Kerajaan Malaysia, di bawah teraju Najib Razak semalam mengumumkan bahawa Kerajaan dengan usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia telah menubuhkan pasukan lumba kereta Formula 1 dengan nama 1Malaysia. Pasukan ini akan menyertai sirkit F1 pertamanya pada musim 2010.

Pengumuman ini datang tidak lama selepas kerajaan bertindak menaikkan harga minyak petrol, RM0.05 untuk RON95 dan RM0.25 untuk RON97.

Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang dalam reaksinya menyuarakan kegagalan rakyat untuk melihat apakah keperluan untuk membentuk sebuah pasukan lumba kereta yang biayanya sudah pasti mencecah jutaan ringgit dalam suasana ekonomi sekarang. Menurut Nizam, Najib dalam sidang medianya enggan memberitahu jumlah sebenar pelaburan kerajaan dalam projek ini, cuma memaklumkan ia dibuat melalui Proton.

Bagi Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, jawapan Najib itu adalah sikap tipikal kerajaan pimpinan Umno dan BN yang tidak telus dan tidak bertanggungjawab. Tegas Nizam, apa yang beliau nampak melalui tindakan penyertaan kerajaan dalam projek F1 ini hanyalah pembaziran dan tidak memberi manfaat kepada rakyat, bila masa rakyat didahulukan?

Nizam tertanya-tanya siapakah pemberi nasihat kepada Najib yang mencadangkan pembabitan kerajaan dalam projek ini, sedangkan sepengetahuan beliau, Litar Antarabangsa Sepang itu sendiri sehingga ke hari ini menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit sejak ia dibina.

Nizam bagaimanapun mengaku yang kerajaan punya hak untuk melaburkan wang yang diamanahkan kepada mereka, tetapi ia mestilah dilakukan secara berhati-hati, kerana wang itu adalah wang rakyat. Tambahan pula keadaan ekonomi sekarang agak tidak menentu, lihatlah keruntuhan Lehman Brothers, ujar Nizam. Nizam juga sempat memberi contoh tindakan terbaru Japan Airlines seperti dilaporkan BBC sedang memotong kos operasi mereka dengan memberhentikan 6,800 orang pekerjanya bagi berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lemah.

Tentang kewajaran penglibatan kerajaan dalam usahasama projek F1 ini, Nizam mempersoalkan kenapa negara yang lebih maju industri automatifnya di sebelah rantau ini seperti Korea Selatan tidak pula beria-ria dan ghairah untuk sama terlibat dalam lumba kereta. Padahal dari segi keupayaan kejuruteraan dan teknologi, mereka jauh meninggalkan Malaysia.

Pantas Nizam merumuskan, tidak lain tidak bukan, inilah sifir ekonomi Najib, jika rugi sekalipun, rakyatlah yang akan menanggungnya, kerana wang yang dibelanjakan itu bukan milik Najib tetapi datang dari khazanah negara, dalam kes F1 ini, dari kocek Proton, Protonlah yang menjadi mangsa. Akhirnya 1Malaysia terpaksa berjimat, 1Malaysia menanggung beban kos kehidupan yang tinggi semata-mata kerana ego pemimpin negara yang senantiasa memikirkan nafsu megalomaniak mereka.

themalaysianinsider


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive