Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, September 17, 2009

Gadis dirogol ketika temu janji pertama


SHAH ALAM – Temu janji pertam:a seorang gadis bawah umur dengan rakan lelaki berumur lewat 20-an secara berdua-duaan me- ngundang padah apabila dia dirogol di sebuah rumah kosong di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dekat sini, baru-baru ini.

:Mangsa bekerja sebagai jurujual, mengenali suspek sebelum ini tidak pernah membuat temujanji keluar berdua-duaan melainkan ditemani rakan-rakannya yang lain.

Dalam kejadian 8 September lalu, mangsa seperti biasa keluar bersiar-siar bersama rakannya di ibu kota dan mengambil kesempatan menemui suspek.

Mangsa kemudiannya meninggalkan rakan-rakannya mengikuti suspek menaiki bas ke Taman Sri Muda, kira-kira jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, setibanya di taman itu, suspek memulakan helahnya mengajak mangsa ke sebuah rumah kosong dengan alasan untuk melihat rumah yang bakal disewa.

“Bagaimanapun rumah berkenaan adalah rumah kosong yang lama ditinggalkan dan suspek kemudiannya memaksa mangsa memasuki rumah: tersebut.

:“Selepas itu, suspek memulakan peranan jahatnya dengan memaksa wanita itu melakukan persetubuhan sehingga menyebabkan mangsa dirogol kerana permintaan awalnya ditolak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tidak berakhir di situ, Noor Azam berkata, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa mandi dengan tujuan untuk menghilangkan segala kesan yang mampu mengundang padah terhadap tindakan jahatnya itu.

“Keesokannya, suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya dengan menaiki bas,” katanya yang hanya menerima laporan polis daripada mangsa berhubung kejadian itu, kelmarin.

Menurutnya, identiti suspek telah dikenal pasti dan gerakan memburunya sedang giat dijalankan.

Dalam pada itu, Nor Azam menasihati gadis di bawah umur agar tidak termakan dengan pujuk rayu seorang lelaki dan membuat laporan dengan segera sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Remaja seperti ini mempunyai sikap ingin tahu dengan lebih lanjut terhadap sesuatu benda yang baru dan saya harap mereka tidak terjerumus dalam pujuk rayu seorang lelaki,” katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama17/9/09 1:53 PG

    jangan kamu hampiri zina.....berjuanglah tegakkan syariat Islam ....Takbirrrrrrrr

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive