Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 02, 2009

1Malaysia RON97 didahulukan,RON95 diutamakan | Pkfz



"Usahkan nak beli persiapan Ramadan dan Hari Raya bagi keperluan tujuh orang anak saya, nak beli kuih bagi berbuka puasa pun susah," kata Deraman yang mengusahakan tanaman keledek di Kampung Telong.Begitulah luahan seorang penduduk kampung yang mengusahakan tanaman keledek di Bachok.

Mereka panik dengan harga keledek yang menjunam tidak sepertimana harga RON97 dan RON95 yang diumumkan kenaikannya sebaik negara kita menyambut ulangtahun ke 52 kemerdekaan semalam. Seperti biasa rakyat juga akan panik dengan kenaikan harga bahan bakar yang menjadi keperluan sehari-harian.

Nampaknya rakyat berkali-kali panik dengan ketidaktentuan ekonomi yang melanda negara sekarang ini.Ramai pekerja yang terpaksa berhenti kerana syarikat kekurangan pendapatan.Kontraktor-kontraktor kecil pula kekurangan projek yang masuk.Penoreh getah di kampung-kampung terpaksa bercuti kerana hujan melanda.

Walaupun mereka tidak berapa faham apa itu RON yang bermaksud Research Octane Number namun mereka semua berterimakasih dengan hadiah kemerdekaan yang diumumkan kerajaan 1Malaysia semalam,kerana mereka pasti dengan kenaikan harga minyak ini akan menambah lagi kesyahduan derita yang mereka alami.Jarang-jarang mereka mendapat hadiah sempena kemerdekaan.Inilah kali pertama dalam hidup setelah 52 tahun negara merdeka. Syabas 1Malaysia RON97 didahulukan,RON95 diutamakan.biaqpila.blogspot.com


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive