Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 02, 2009

BN makan pasir di Permatang Pasir gara-gara silap sendiri | pkfz




Oleh MAT ZAIN MAT ISA

Jika ada apa-apa yang boleh disimpulkan daripada gerakerja kempen BN bagi Pilihan Raya Dun Permatang Pasir, maka gambaran terbaik ialah parti itu sudah pun defensif sedari awal kempen bermula.

Segala-galanya tidak menjadi buat BN di kubu kuat PAS itu. Jentera pilihan rayanya yang didakwa sangat mantap gagal menghasilkan serangan tajam terhadap parti lawan. Lagak BN bukan sebagai parti yang akan menang, tetapi lebih banyak menghabiskan masa menyelesaikan kelemahan dan kesilapannya sendiri.

Kesilapan BN yang pertama dan utama ialah tidak cermat dalam memilih calonnya. BN berhadapan isu moral sedari awal apabila menamakan Rohaizat Othman, seorang yang dipertikaikan integritinya, sebagai calon.

Mulanya yang terdedah hanya isu firma guamannya yang diakui Majlis Peguam mempunyai rekod pecah amanah sehingga terpaksa ditarik lesen operasinya. Beliau cuba menafikan penglibatannya dalam kes itu, sebaliknya melonggokkan kesalahan ke atas bekas rakan kongsinya.

Fakta dan rekod bagaimanapun tidak menyebelahinya. Beliau dibuktikan bukan sahaja cuba membohongi rakyat, tetapi turut memfitnah rakan semata-mata untuk melepaskan dirinya. Tidak syak lagi tabiat tidak bertanggungjawab itu bukan keperibadian yang sesuai dimiliki seorang pemimpin.

Kemudian calon BN itu juga dikaitkan dengan pembohongan dalam kes kahwin dua. Penafiannya mengundang kemarahan seorang yang mendakwa sebagai mentuanya.

Agak sukar dimengertikan apa rasionalnya BN memilih seorang yang ada rekod tidak menyenangkan. Apakah parti itu sudah ketandusan tokoh untuk diketengahkan? Atau ia memang tidak menitikberatkan soal integriti dan keperibadian luhur?

Silap besar jika BN menganggap soal sejarah hidup dan tabiat calon sekadar masalah peribadi dan tidak mempengaruhi kepimpinannya. Seseorang yang bakal menjadi pemimpin adalah menjadi hak awam untuk mengenalinya secara terperinci. Pendedahan keperibadiannya penting untuk memastikan rakyat tidak tersalah pilih.

Rakyat perlukan pemimpin amanah, jujur dan sentiasa bercakap benar. Dalam dunia politik negara Barat yang tidak Islam pun, soal pemimpin bercakap benar amat diutamakan. Sudah berlaku beberapa kes pemimpin besar dunia diketepikan rakyatnya apabila didakwa berbohong.

Contohnya, dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) beberapa penggal lalu, Gary Hart antara calon pilihan dan dijangka memenangi persaingan peringkat Parti Demokrat untuk berdepan Republikan. Malangnya kisah silam dengan perempuan terdedah. Beliau menafikannya, tetapi dibuktikan dakwaan itu memang ada kebenarannya.

Hart terpaksa menarik diri setelah popularitinya menurun mendadak. Punca utama kemerosotan sokongan terhadapnya bukan kerana dakwaan terbabit skandal seks, tetapi kerana berbohong.

Rakyat AS tidak kisah dengan perlakuan seks pemimpin. Itu bukan kesalahan besar bagi masyarakat yang mengamalkan seks bebas. Namun pantang bagi mereka jika seseorang pemimpin bercakap bohong, kerana dari tabiat buruk itu diandaikan entah berapa ratus kali lagi dia akan membohongi rakyat.

Kes serupa berlaku ke atas Presiden Bill Clinton. Beliau didedahkan ada skandal seks dengan pembantu peribadinya di Rumah Putih, Monica Lewinsky. Beliau juga pada mulanya menafikannya. Namun fakta sebenar lebih kukuh dan tidak memihak kepada Clinton.

Beliau didesak meletakkan jawatan, bukan kerana terlibat dengan skandal seks itu tetapi kerana berbohong.

Itulah maruah dan moral politik orang bertamadun. Meskipun mereka bukan Islam, soal jatidiri dan integriti seseorang yang mahu dipilih sebagai pemimpin amat dititikberatkan.

Malangnya, tabiat itu nampaknya tidak menyerlah dalam pemilihan calon BN di Permatang Pasir. Ia sekaligus membuktikan BN tidak belajar dari kesilapan lalu. Bukankah parti itu telah berhadapan masalah serupa dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu awal tahun ini?

Kelemahan peribadi calonnya meletakkan BN dalam keadaan 'memikul biawak hidup' sejak awal kempen. Ia terpaksa menghabiskan banyak masa 'membersihkan' peribadi calonnya, sekali gus menumpulkan serangan terhadap musuh.

Sebab itu tidak sukar ditelah kemampuan PAS mempertahankan kerusi Dun Permatang Pasir. Dalam pilihan raya kecil 25 Ogos lalu, calon PAS, Mohd Salleh Man menewaskan calon BN dengan majoriti 4,551 undi. Mohd Salleh memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Kekalahan yang sudah terbayang sedari awal itu memaksa BN mencari justifikasi mempertikaikan kekuatan parti lawan. Agak memeranjatkan apabila dalam keadaan terdesak itu BN sanggup membangkitkan soal pengundi hantu. Kononnya daftar pemilih tidak bersih dan dipenuhi nama-nama yang meragukan, yang dikaitkan dengan strategi PAS mengekalkan kemenangannya.

Kesungguhan BN mendesak daftar pemilih dibuat pemutihan membuktikan apa yang disuara dan diperjuangkan parti lawannya selama ini ada asasnya. Perakuan itu juga satu lagi kesilapan BN. Ia silap selama ini kerana terlalu angkuh untuk meraikan tuntutan pembangkang agar daftar pemilih bebas dari pengundi hantu. Hanya setelah ia tersembam dan 'makan pasir' di Permatang Pasir, BN cuba menerima hakikat itu.

detikdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. orang makan nasi dia makan pasir...bangang!

    BalasPadam
  2. orang umno dah kenyang makan rasuah sesekali makan pasir best jugak....

    BalasPadam
  3. orang umno dah kenyang makan rasuah sesekali makan pasir best jugak....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive