Selasa, September 08, 2009
2 NAMA CALON PAS DI BAGAN PINANG | pkfz
Dua pemimpin PAS antara dua nama yang disebut-sebut bakal mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, kata ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.
Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata kedua-duanya adalah pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar dan yang dipertua kawasan Teluk Kemang Ramli Ismail.
Ramli, seorang anak tempatan di parlimen tersebut, merupakan calon PAS di situ pada pilihan raya umum lalu.
Tambahnya, Ramli kini menetap di sebuah taman perumahan yang terletak dalam DUN Lukut - yang bersempadanan dengan DUN Bagan Pinang.
Selain Lukut dan Bagan Pinang, tiga lagi DUN bawah parlimen Teluk Kemang: Chuah, Linggi dan Port Dickson.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham Azman Mohamad Noor menang atas tiket BN dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan Ramli yang memperolehi 4,097 undi.
Menurut Mohd Khairil Anuar lagi, terdapat juga akar umbi PAS di DUN berkenaan yang mahu Zulkefly bertanding.
"Akar umbi nak Zulkefly, sebab beliau seorang pesuruhjaya dan beliau patut ada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Bagaimanapun, difahamkan Zulkefly lebih berminat meneruskan perjuangannya di kawasan yang ditandinginya dahulu, di Lenggeng dalam kawasan parlimen Seremban.
Menurut ketua Pemuda itu lagi, badan perhubungan PAS akan bermesyuarat esok, selepas solat terawih bagi menentukan calon yang sesuai di DUN Bagan Pinang.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang juga ketua Umno bahagian, diura-urakan berminat bertanding di kerusi tersebut.
Sementara itu, Zulkefly ketika dihubungi Malaysiakini petang ini berkata PAS negeri telah mengenal pasti "beberapa orang calon" untuk mewakili parti tersebut dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah calon tersebut.
Ditanya sama ada calon PAS pada pilihanraya umum Mac tahun lalu, Ramli Ismail akan dipilih semula bertanding di kerusi tersebut, Zulkefly berkata:
"Saya tidak berminat untuk beritahu. Yang penting, tidak ada sabotaj kepada calon PAS sebab kita tidak ada puak, kita tidak ada kroni," katanya.
Tambahnya, nama calon akan diumumkan oleh pemimpin atasan PAS kira-kira seminggu sebelum pililihan raya kecil itu berlangsung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh tersebut Isnin depan.
Menurut Zulkefly lagi, ciri-ciri calon yang dicari termasuklah seseorang yang bersih daripada tuduhan rasuah, berwibawa dan diterima oleh ahli akar umbi dan mendapat kepercayaan pemimpin parti.
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
September
(333)
- Kematian Kugan: Seorang anggota polis didakwa esok...
- Barisan Nasional Makin Parah | Nizar News
- Kerajaan Hina Tentera | Nizar News
- 100 terkoban tsunami landa Samoa | Nizar News
- Video rancangan pengeboman dari komputer riba Noor...
- Ada hikmahnya Ibrahim Ali celupar - Mat Sabu | Niz...
- Umno: Dulu, kini dan selamanya – korup! | Nizar News
- Selamat Datang Isa Samad ke PRK Bagan Pinang | Alt...
- Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah
- Keputusan TM Piala Malaysia 29 Sep 2009
- Ini Dia Lawan Isa | Nizar News
- GANESAN TIADA HAK PANGGIL SIDANG DUN, PJ PAS PERAK...
- Bila Nak Bersidang Bai? | Nizar News
- CANTEKKK!!! ISA SAMAD CALON BN | Nizar News
- Kununnya...Nak Calon Bersih | Nizar News
- Boroi petanda kesihatan dalam bahaya
- Nasib Muallaf Peminta Sedekah | Nizar News
- Alternatif Itu Penting | Nizar News
- PAS dan Pakatan, jangan tertipu di Bagan Pinang | ...
- Kekuatan Islam dalam perlembagaan | Nizar News
- Pusing kanan, pusing kiri, nama Isa juga yang dise...
- Ganesan, Speaker tidak sah - PAS Perak | Nizar News
- Mahainya Bilik Ayaq | Nizar News
- UPP rampas kulit serigala, tahan seorang lelaki
- Seterika Bumi Dah Sampai | Nizar News
- Apa dicari pasukan F1 1Malaysia? | Nizar News
- Gobalakrisnan Ditahan Polis | Nizar News
- Kekal atau keluar MIC: Subra tangguh umum pelan ja...
- SPR wajar jemput pengkritik nilai cara kendali pil...
- GAMBAR TERKINI DARI BAGAN PINANG | Nizar News
- Kalau Muda Pun Hanya Sampah Apa Guna? | Nizar News
- AMK Gesa SPR Mansuh Undi Pos | Nizar News
- Pemuda Pakatan lancar jentera di Bagan Pinang | N...
- Siasat siapa hina Sultan - Zambry
- Lelaki Bangladesh gila seks parah dibelasah
- Tanah Kubur Pulak Dah | Nizar News
- Pemuda PR Sedia Gempur | Nizar News
- Barang kemas timbul dari tanah
- JANGAN TIRU MACAM BN | Nizar News
- BN KINI BAGAIKAN LANGAU | Nizar News
- Pilih Isa Undang Padah, Sisih Isa Undang Kalah. BN...
- MIC Bergolak Lagi | Nizar News
- LAWAK AHAD: Gengster Taik Ayam | Nizar News
- Samy Vellu patut cuti 20 tahun | Nizar News
- Ayah Pin Sengaja DiGhaibkan? | Nizar News
- KEPUTUSAN TM PIALA MALAYSIA 26 SEP 09
- Kahwin untuk melacur
- Salahuddin harap Umno ada calon bebas politik wang...
- Kedah Tetap Mahu Pertahan Piala Malaysia
- Apakah Pakatan Rakyat Bersedia Bentuk Kerajaan? - ...
- Tengku Temenggong Kelantan saman dua pegawai istan...
- Tuduh PAS dalang simbah cat adalah berniat jahat -...
- Undi pos: Yusmadi bertegas seret SPR ke mahkamah |...
- Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi Umno-BN | Nizar news
- 'Mata-mata PAS' dalam kem tentera | Nizar News
- Pemuda Gerakan cabar Guan Eng debat isu Kg Buah Pa...
- Teluk Kemang tetap mahu Isa | Nizar News
- Rentung akibat rempuhan maut
- Jenazah Noordin Top tiba 1 Okt | Nizar News
- Formula 1: Proton bermain api | Nizar News
- Berbaloi Ke Dengan Alasan Celcom ? | Nizar News
- KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT TERSERLAH DALAM ISU K...
- Syahid Selepas Mengucapkan Syahadah
- Haiwan Pelik Di Dunia
- PAS mahu siasatan Selcat tertutup | Nizar News
- Tangkap anggota kabinet yang lulus kos tambahan ti...
- MB Haram Jadah | Nizar News
- Umno Serba Salah? | Nizar News
- 'Kump ke-3' dalang DVD seks Chua
- Barisan Nasional Hadapi Kesangsian Rakyat | pkfz
- Ribut debu pelik landa Australia
- Anwar: SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos | pkfz
- Umno Parti Kitar Semula | Nizar News
- Nizar seru warga Perak buat perubahan besar-besaran
- DVD seks Dr Chua muncul lagi | Nizar News
- Undi pos tetap diguna | Nizar News
- 21 Pemandu kenderaan berat disahkan positif dadah
- SMS Kepada Allah?
- Samy berundur menjelang Jun 2010? | Nizar News
- Tiada rasional bertemu Khairy, Umno sudah habis id...
- Kajian pindaan ISA dibentang di Parlimen bulan dep...
- Seret SPR ke mahkamah jika tidak beri pilihan pada...
- Liga Malaysia Mungkin Diswastakan Pada 2011
- Antara selipar Sukumaran dan penyapu Khir Toyo | N...
- Apa yang dilakukan pembangkang 10 tahun lalu | Niz...
- Samy Vellu kepada Dr M: Jangan Masuk Campur Bagan ...
- Kerajaan Terengganu beroperasi tanpa sokongan majo...
- Pemuda PAS pantau kempen menteri dalam kem tentera...
- Pemecatan Chua satu taktik! | Nizar News
- Isteri Noordin Mat Top Ke Jakarta Dalam Masa Terde...
- Laporan Penderaan Seksual Wanita Penan Dibincang J...
- Isu Selcat: 2 wakil BN mahu keluar tanda protes | ...
- Isu Selcat: Pakatan Selangor tiada krisis hanya Ha...
- Berpesta di Lebuhraya | Nizar News
- Ziarahi kubur amalan positif di pagi Syawal
- Jual tubuh demi baju baru 7 anak
- Gempar makhluk asing ditemui | Nizar News
- Lembaran baru di Aidilfitri | Nizar News
- Cara orang Melayu dulu-dulu beraya | Nizar News
- SALAM AIDIL FITRI | Nizar News
-
▼
September
(333)
Tan Sri Isa pun masih berminat ke ? Hai.. Kesian UMNO dah tak ada calon yg bersih lagi ke ? Dalam UMNO kalau ada kes rasuah pun tak pe.. boleh bertanding lagi. Apalah nak nak jadi dengan Malaysia ni. 1Malaysia..... meluat.
BalasPadamBiar je si Isa tu tanding. Itu mcm bagi bola tanggung la kat PR. kita smash habis - habisan mcm kat Permatang pasir ari tu.
BalasPadamhahahhah..Pembangan ade hati nak menang kat n9? bagan pinang pulak tuh! smash kepale sendiri la mangkuk! jgn nak buek cuci ghorah kek nogori den! buang maso jo!
BalasPadamapo laie bising2?tunggu jo lah bagan pinang PAS menang.
BalasPadam