Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 07, 2009

Bukti Kerajaan Pakatan Rakyat Lebih Telus | pkfz



Semua media pengampu milik Umno@BN menyiarkan kekecohan yang berlaku dalam sesi dialog melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan isu pembinaan kuil di Seksyen 23 semalam.

Dialog itu membuktikan kesediaan kerajaan Pakatan Rakyat bersemuka dan berbincang tentang masalah rakyat. Pujian wajar diberikan kerana kesediaan mendengar masalah rakyat.

Tak kisah apa kesudahan dialog itu tetapi ia membuktikan bahawa kerajaan pakatan Rakyat lebih telus dan berani berhadapan dengan rakyat. Begitu juga seperti yang ditunjukkan Menteri Besar Kedah Ustaz Datuk seri Azizan Razak dalam isu pusat penyembelihan babi di Alor Star dan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu Kampung Buah Pala mereka turun dan mendengar masalah dan rintihan suara lubuk hati rakyat walaupun pun mengetahui mereka bakal disumpah seranah.

Mereka lebih gentelman berbanding pemimpin Umno@BN yang takut berhadapan dengan rakyat.Sebagai contoh bila Kampung Berembang di Selangor hendak dirobohkan pemaju mana pergi pemimpin Umno@BN yang diketuai Datuk Muhd. Khir Toyo ketika itu? ( sibuk meninjau projek istanannya barangkali). Begitu juga apabila Masjid Kampung Bujal di Kuala Berang dirobohkan mana pergi kelibat pemimpin Umno@BN? Malah merekalah yang menjadi dalang merobohkan masjid berkenaan. Dalam hal yang lain pemimpin Umno@BN takut untuk bersemuka dengan rakyat dalam isu besar negara seperti PPSMI dan ISA.

Pemimpin Umno@BN patut rasa malu dengan sikap mereka yang lebih mementingkan kepentingan diri dari memberi perhatian dan mengutamakan masalah rakyat. Tahniah dan syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat!


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/9/09 10:13 PG

    Salam... dalam hal ini bukan isu ketelusan, tapi isu kecekapan pentadbiran. Saya bukan penyokong BN, malah saya adalah penyokong tegar PR. Tapi sejak akhir2 ini saya mula rasa muak dengan permainan politik yg berlebihan. Mmg kita tau BN akan mengambil kesempatan dlm setiap isu tapi PR sepatutnya berhati2 dalam menangani isu supaya tidak menjadi krisis yg besar dan blh digunakan oleh BN. Dalam kes pembinaan kuil di Seksyen 23 ini saya dapati BN berjaya memainkan sentimen dan saya dapati pemimpin PAS dan PKR gagal mengawal keadaan. Malah kenyataan bongkak Khalid Samad adalah tidak wajar dan bukan menunjukkan kepimpinan PAS yang sebenar. Saya harap semua penyokong PR perlu rasional dalam setiap isu. Yang betul kami sokong dan yang salah akan kami kritik. Jika tidak PR sama sahaja dengan BN.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive