Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 05, 2009

Ekoran ADUN Boikot Pertemuan Dengan Timbalan Perdana Menteri | Nizar News

Ahmad Said Dicabar tunjukkan ‘kejantanannya’, Bubarkan DUN Terengganu !


KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dicabar supaya menunjukkan ‘kejantanannya’ dan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ekoran tindakan beberapa ADUN Umno dan Barisan Nasional (BN) memboikot lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ke negeri ini, semalam.

”Sudah terang lagi bersuluh, kebencian dan (mereka) rasa Ahmad Said tidak layak menjadi Menteri Besar, apabila sembilan ADUN tidak rai kehadiran Timbalan Perdana Menteri,”kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Ramli.

Menurutnya, dengan tindakan pemboikotan itu, beliau yakin jalan penyelesaian terhadap krisis yang melanda Umno/BN Terengganu sekarang telah tertutup sama sekali,
(Gambar - Hj Hanafiah menyampaikan bantuan di Kampung Tengah, Chukai, semalam)


”Yang mereka mahu Menteri Besar letak jawatan, malu besar TPM semalam, tunjuklah kejantanan mu (wahai) Ahmad Said, bubarkan DUN (Terengganu) biar rakyat pilih semula orang yang layak,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan Ramadhan kepada penduduk Kampung Tengah, Chukai disini.

Apabila ditanya, mampukah Tan Sri Muhyidin menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut Umno/BN Terengganu, Hanafiah berkata, Timbalan Perdana Menteri sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.

”Muhyidin mahu meluaskan pengaruhnya sebagai persediaan untuk mencabar Perdana Menteri dato’ Seri Najib razak yang juga Presiden Umno,

”beliau (Muhiyidin) tidak mahu terlambat, kerana faktor usia, Najib lebih muda daripadanya, kalau tunggu sehingga sampai gilirannya, 10 tahun lagi pun tak pasti,”jelasnya.

Justeru, Hanafiah yang juga Ahli jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional Peringkat Pusat, berkata, Muhyidin perlu mencabar Najib sebelum terlalu lambat.

Katanya, Muhyidin sebelum ini adalah orang yang mendesak dan menyebabkan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

”Jadi, mengapa tidak? (Muhyidin) kumpulkan sokongan dan pengaruh untuk mencabar Najib tiga tahun lagi, sebab itu dia sungguh-sungguh mahu menjadi orang tengah menyelesaikan krisis Umni Terengganu,”tambahnya.

Semalam, sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar Internet, kumpulan ADUN Umno yang menentang Ahmad Said bertindak memboikot perjumpaan antara mereka dengan barisan exco kerajaan.

Mereka bertindak demikian kerana beranggapan majlis itu tidak menjamin sebarang penyelesaian konflik Umno Terenggannu yang semakin serius.

Seorang daripada 15 wakil rakyat yang tidak hadir berkata, insiden boikot majlis yang disertai Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein "tidak pernah berlaku sebelum ini".

Antara yang tidak hadir dalam perjumpaan tersebut adalah bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Bekas Setiausaha Dato’ Rosol Wahid.

Selain itu, kesemua ’10 budak hitam’ yang menjadi pengikut Rosol juga di laporkan turut memboikot majlis tersebut.

buletinonline

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. Mampukah kerajaan BN bertahan sekurang2nya untuk tempuh setahun lagi?Sila nyatakan pendapat anda di sini.
    http://kakipolitik.blogspot.com

    BalasPadam
  2. selagi budu tak naik harga...BN tetap bertahan..

    BalasPadam
  3. Nak minta kat Mat Said sediakan tapak buat kilang budu cap limau kat Sg. Tong boleh ka..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive