
MARAN – Gara-gara pertelingkahan anak kedua-dua belah pihak, seorang anggota polis trafik di daerah ini bertindak menumbuk dan menendang seorang ibu tunggal yang berkunjung ke rumahnya untuk menyelesaikan permasalahan itu.
Mangsa, Engku Sapura Tuan Losen, 33, berkata, kejadian kira-kira jam 1.30 petang, Isnin lalu itu berlaku ketika dia bersama anak perempuannya berumur 15 tahun pergi ke rumah anggota polis lelaki berkenaan, di Kampung Berkat di sini.
Menurutnya, tujuan kunjungan itu adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada anak perempuan anggota polis itu, yang berumur 13 tahun, yang mengeluarkan kata kesat kepada anaknya di hadapan sebuah pasar raya di bandar ini, kira-kira sejam sebelumnya.
“Saya ke sana untuk mencari punca anak kami bertumbuk di hadapan orang ramai supaya tiada sebarang permusuhan selepas ini. Namun sebaik sampai bersama anak perempuan saya, anggota polis terbabit yang tidak berbaju dan hanya berkain pelikat meluru ke arah saya dan melepaskan tiga tumbukan di bahagian kepala saya,” katanya ketika kepada Sinar Harian, semalam.
sinarharian
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com