Jumaat, September 11, 2009
Tan Sri Khalid Duduk Atas ”Kerusi Panas MB Selangor” | pkfz
Beberapa hari sebelum menjelang dialog isu kuil tersebar risalah yang diedarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat negeri mengenai toleransi beragama kepada para penduduk Melayu Islam di sekitar Seksyen 23 Shah Alam. Begitu juga tempat dialog yang dijadualkan pada September 5 lalu di Dewan Serbaguna Seksyen 23 Shah Alam turut diubah berikutan kemungkinan bibit-bibit ketegangan akan berlaku.
Menyedari hakikat ini dan berkemungkinan besar untuk meredakan keadaan, pihak kerajaan negeri telah mengubah tempat dialog di Dewan Bankuet Wisman Majlis Bandaraya Shah Alam.
Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku, risalah yang diedarkan dan tempat dialog turut diubah tidak memberi impak kepada penduduk sehingga timbul suasana tegang di majlis tersebut, dimana berlaku kejadian maki hamun sehingga membabitkan Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Selaku Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Khalid terus menghadapi pelbagai cabaran untuk menguji kewibawaan beliau.
Sejak dari awal beliau mentadbir Kerajaan Negeri pelbagai isu timbul samada dari kalangan parti pambangkang mahupun dari rakan dalam kerajaan gabungan Pakatan Rakyat dan isu peribadi.
Sejarah kitaran politik ganas seolah-olah sudah menjadi sumpahan kepada mereka yang memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Dalam satu wawancara Datuk Chamil Wariya bersama mantan Menteri Besar Selangor mengenai isu ini, Datuk Seri Khir Toyo ada menjelaskan beliau mendengar kata orang kerusi Menteri Besar Selangor ini panas dan semacam ada sumpahan bagi penyandang jawatan.
“Sebenarnya tiada ada sumpahan. Cuma cara kita bawa diri kena betul. Kadang-kadang kita melakukan kesilapan-kesilapan dan kita kena belajar dari kesilapan itu. Kalau orang kata kerusi Menteri Besar ini panas, mungkin betul. Tetapi saya sendiri tidak rasa begitu kecuali kalau kita mungkin sukar ditegur atau sukar dirapati rasa panaslah. Bagi saya bila kita buat kerja betul kita akan teruskan dan kita tegakkan,” kata Khir dalam wawancara itu.
Termasuk Khalid, Selangor sudah mempunyai 15 orang Menteri Besar. Tujuh Menteri Besar yang awal adalah melalui lantikkan. Menteri Besar Selangor yang pertama adalah Datuk Hamzah Abdullah, Raja Tun Uda Raja Mohamad, Datuk Othman Muhamad, kembali kepada Raja Tun Uda, Tun Dr Abdul Aziz Abdul Majid, Muhamad Ismail Abd Latif dan Tan Sri Abdul Jamil Rais.
Jawatan Menteri Besar melalui Pilihan raya umum mahupun pemilihan parti Umno pula adalah Datuk Abu Bakar Baginda, Datuk Harun Idris, Datuk Hormat Rafie, Datuk Ahmad Razali, Tan Sri Muhamad Mohd Taib, Tan Sri Abu Hasan Omar, Khir Toyo dan kini Khalid.
Krisis kepemimpinan Menteri Besar disifatkan serius selepas jawatan mereka dilantik melalui pilihan raya umum.
Krisis Harun Idris berkesudahan pemecatan beliau pada awal 1976. Dia hilang jawatan parti dan kerajaan. Antara tuduhan adalah memiliki harta bernilai RM60 juta yang juga dikaitkan dengan pembabitan dalam mengagih kensesi balak di Bangi.
Pada November 24 1975, Harun disabitkan dengan salah guna wang hampir RM8 juta Bank Rakyat kerana membiyai perlawatan tinju Heavyweight Muhamad Ali dan Jeo Bugner. Dia juga menghadapi tuduhan rasuah RM250 ribu dari Hong Kong & Shanghai Bank Corporation sehingga membawa hukuman penjara.
Hormat Rafie mengundurkan diri sebagai Menteri Besar pada tahun 1982 apabila dikaitkan dengan tindak tanduk ‘mencantas’ orang-orang Harun sepanjang beliau memegang jawatan.
Beliau yang dipilih sebagai pemimpin ‘meredakan keadaan’ terpaksa akur apabila peralihan kuasa berlaku di peringkat nasional dengan Tun Dr Mahathir Muhamad menggantikan Tun Hussien Onn. Dr Mahathir melantik semula Harun sebagai Pengarah Pilihan raya Barisan Nasional negeri yang memberi gambaran karier politik Hormat sudah berada di penghujung.
Perlantikan Datuk Ahmad Razali pada tahun 1982 sebagai Menteri Besar memberikan harapan baru kepada pengundi Selangor memandangkan hubungan keluarga beliau dengan Dr Mahathir.
Ahmad yang merupakan abang ipar kepada Dr Mahathir hanya bertahan satu penggal berikutan tekanan dari individu tertentu di peringkat nasional yang mahukan beliau digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 1986.
Beliau memberi watikah kepada semua calon yang bakal bertanding tetapi namanya sendiri tiada dalam senarai di saat-saat akhir. Keputusan ini mengecewakan para penyokong beliau memandangkan tekanan dari individu tertentu di peringkat nasional kini sudahpun menyertai gabungan Pakatan Rakyat.
Perlantikan Muhammad menjadi suatu anjakan baru kepada perkembangan politik, sosial, ekonomi dan pembangunan negeri Selangor. Walaupun Selangor disifatkan sebagai dinamik di bawah pentadbirannya, namun dia tidak sunyi dari pelbagai isu.
Krisis dengan Sultan Selangor, isu perlantikan timbalan menteri besar, isu tanah dan kes gagal istihar wang bernilai RM2.4 juta yang Muhammad bawa masuk ke Australia telah menjadi isu hangat. Pada April 14 1997, beliau kehilangan jawatan menteri besar walaupun didapati tidak bersalah.
Abu Hassan Omar yang menggantikan Muhammad dengan slogan Tunggak 10 turut menjadi mangsa kitaran politik ganas. Dia gagal memberikan jawapan yang memuaskan ketika penguabahsuaian kediaman Menteri Besar yang bernilai RM 5 juta. Semasa dalam pengubahsuaian ini, beliau diselar kerana menetap di Hotel Raddison, Shah Alam yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun isu dari akhbar Jawa Post yang mendedahkan beliau mempunyai anak luar nikah bersama adik iparnya gagal dijawab dengan baik sehingga membawa perletakkan jawatan pada Ogos 10 2000.
Begitu juga dengan berakhirnya karier politik Dr Khir Toyo yang menggantikan Abu Hassan apabila kerajaan BN tewas dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Dr Khir turut menghadapi pelbagai isu seperti isu tanah di Bukit Cerakah, isu jalan di Sekincan, isu pemberian penyapu dan lainnya sehingga menimbulkan kurang senang kepada kaki tangan kerajaan negeri.
Kini Khalid sedang menghadapi pelbagai isu dan tekanan politik mahupun pentadbiran. Segala-galanya bergantung kepada wibawa dan kebijaksanaan beliau dalam menangani pelbagai isu yang dijangka akan berlarutan sehingga menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Kerusi Menteri Besar di Selangor disifatkan ‘unik’ dan sentiasa panas. Negeri ini menjadi tumpuan kerana ia disifatkan sebagai ‘nadi’ kepada ekonomi negara dan tidak menghairankan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.
Berbeza dengan kedudukan Menteri Besar sebelum ini yang lebih dikaitkan dengan masalah ‘politik dalaman’, Khalid pula diuji yang membabitkan pengundi Selangor.
BuletinOnline
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
September
(333)
- Kematian Kugan: Seorang anggota polis didakwa esok...
- Barisan Nasional Makin Parah | Nizar News
- Kerajaan Hina Tentera | Nizar News
- 100 terkoban tsunami landa Samoa | Nizar News
- Video rancangan pengeboman dari komputer riba Noor...
- Ada hikmahnya Ibrahim Ali celupar - Mat Sabu | Niz...
- Umno: Dulu, kini dan selamanya – korup! | Nizar News
- Selamat Datang Isa Samad ke PRK Bagan Pinang | Alt...
- Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah
- Keputusan TM Piala Malaysia 29 Sep 2009
- Ini Dia Lawan Isa | Nizar News
- GANESAN TIADA HAK PANGGIL SIDANG DUN, PJ PAS PERAK...
- Bila Nak Bersidang Bai? | Nizar News
- CANTEKKK!!! ISA SAMAD CALON BN | Nizar News
- Kununnya...Nak Calon Bersih | Nizar News
- Boroi petanda kesihatan dalam bahaya
- Nasib Muallaf Peminta Sedekah | Nizar News
- Alternatif Itu Penting | Nizar News
- PAS dan Pakatan, jangan tertipu di Bagan Pinang | ...
- Kekuatan Islam dalam perlembagaan | Nizar News
- Pusing kanan, pusing kiri, nama Isa juga yang dise...
- Ganesan, Speaker tidak sah - PAS Perak | Nizar News
- Mahainya Bilik Ayaq | Nizar News
- UPP rampas kulit serigala, tahan seorang lelaki
- Seterika Bumi Dah Sampai | Nizar News
- Apa dicari pasukan F1 1Malaysia? | Nizar News
- Gobalakrisnan Ditahan Polis | Nizar News
- Kekal atau keluar MIC: Subra tangguh umum pelan ja...
- SPR wajar jemput pengkritik nilai cara kendali pil...
- GAMBAR TERKINI DARI BAGAN PINANG | Nizar News
- Kalau Muda Pun Hanya Sampah Apa Guna? | Nizar News
- AMK Gesa SPR Mansuh Undi Pos | Nizar News
- Pemuda Pakatan lancar jentera di Bagan Pinang | N...
- Siasat siapa hina Sultan - Zambry
- Lelaki Bangladesh gila seks parah dibelasah
- Tanah Kubur Pulak Dah | Nizar News
- Pemuda PR Sedia Gempur | Nizar News
- Barang kemas timbul dari tanah
- JANGAN TIRU MACAM BN | Nizar News
- BN KINI BAGAIKAN LANGAU | Nizar News
- Pilih Isa Undang Padah, Sisih Isa Undang Kalah. BN...
- MIC Bergolak Lagi | Nizar News
- LAWAK AHAD: Gengster Taik Ayam | Nizar News
- Samy Vellu patut cuti 20 tahun | Nizar News
- Ayah Pin Sengaja DiGhaibkan? | Nizar News
- KEPUTUSAN TM PIALA MALAYSIA 26 SEP 09
- Kahwin untuk melacur
- Salahuddin harap Umno ada calon bebas politik wang...
- Kedah Tetap Mahu Pertahan Piala Malaysia
- Apakah Pakatan Rakyat Bersedia Bentuk Kerajaan? - ...
- Tengku Temenggong Kelantan saman dua pegawai istan...
- Tuduh PAS dalang simbah cat adalah berniat jahat -...
- Undi pos: Yusmadi bertegas seret SPR ke mahkamah |...
- Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi Umno-BN | Nizar news
- 'Mata-mata PAS' dalam kem tentera | Nizar News
- Pemuda Gerakan cabar Guan Eng debat isu Kg Buah Pa...
- Teluk Kemang tetap mahu Isa | Nizar News
- Rentung akibat rempuhan maut
- Jenazah Noordin Top tiba 1 Okt | Nizar News
- Formula 1: Proton bermain api | Nizar News
- Berbaloi Ke Dengan Alasan Celcom ? | Nizar News
- KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT TERSERLAH DALAM ISU K...
- Syahid Selepas Mengucapkan Syahadah
- Haiwan Pelik Di Dunia
- PAS mahu siasatan Selcat tertutup | Nizar News
- Tangkap anggota kabinet yang lulus kos tambahan ti...
- MB Haram Jadah | Nizar News
- Umno Serba Salah? | Nizar News
- 'Kump ke-3' dalang DVD seks Chua
- Barisan Nasional Hadapi Kesangsian Rakyat | pkfz
- Ribut debu pelik landa Australia
- Anwar: SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos | pkfz
- Umno Parti Kitar Semula | Nizar News
- Nizar seru warga Perak buat perubahan besar-besaran
- DVD seks Dr Chua muncul lagi | Nizar News
- Undi pos tetap diguna | Nizar News
- 21 Pemandu kenderaan berat disahkan positif dadah
- SMS Kepada Allah?
- Samy berundur menjelang Jun 2010? | Nizar News
- Tiada rasional bertemu Khairy, Umno sudah habis id...
- Kajian pindaan ISA dibentang di Parlimen bulan dep...
- Seret SPR ke mahkamah jika tidak beri pilihan pada...
- Liga Malaysia Mungkin Diswastakan Pada 2011
- Antara selipar Sukumaran dan penyapu Khir Toyo | N...
- Apa yang dilakukan pembangkang 10 tahun lalu | Niz...
- Samy Vellu kepada Dr M: Jangan Masuk Campur Bagan ...
- Kerajaan Terengganu beroperasi tanpa sokongan majo...
- Pemuda PAS pantau kempen menteri dalam kem tentera...
- Pemecatan Chua satu taktik! | Nizar News
- Isteri Noordin Mat Top Ke Jakarta Dalam Masa Terde...
- Laporan Penderaan Seksual Wanita Penan Dibincang J...
- Isu Selcat: 2 wakil BN mahu keluar tanda protes | ...
- Isu Selcat: Pakatan Selangor tiada krisis hanya Ha...
- Berpesta di Lebuhraya | Nizar News
- Ziarahi kubur amalan positif di pagi Syawal
- Jual tubuh demi baju baru 7 anak
- Gempar makhluk asing ditemui | Nizar News
- Lembaran baru di Aidilfitri | Nizar News
- Cara orang Melayu dulu-dulu beraya | Nizar News
- SALAM AIDIL FITRI | Nizar News
-
▼
September
(333)