Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 11, 2009

Mat Rempit Dihukum Penjara 20 Bulan Denda RM8,000



SEREMBAN, 11 Sept (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat megenakan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM8,000 terhadap seorang buruh setelah didapati bersalah terbabit dalam lumba motosikal haram di sini empat tahun lepas.

Majistret Mohd Aizuddin Zolkeply turut memerintahkan supaya lesen memandu tertuduh Jaini Jani, 26, dari Sikamat di sini digantung selama dua tahun mulai Jumaat.

Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan, Jaini didakwa terbabit dalam lumba motosikal haram di Persiaran Senawang di sini di antara lampu isyarat stesen minyak Esso hingga lampu isyarat Taman Matahari Height pada 1.20 pagi, 12 Feb 2005.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak melebihi RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

Peguam tertuduh K. Indran dalam rayuannya berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan beliau mempunyai isteri dan anak.

Pegawai pendakwa C/Insp Jusman Ahmad pula berkata pada tahun lepas sebanyak 76 kali operasi lumba haram dijalankan manakala tahun ini sehingga bulan ini sebanyak 83 kali operasi yang sama diadakan.

"Di sini menunjukkan peningkatan operasi lumba haram di mana penunggang motosikal didapati tidak serik. Dengan itu, saya memohon pada mahkamah supaya tertuduh dihukum paling maksimum sebagai pengajaran. Lumba haram bukan saja membuang masa tapi merugikan diri sendiri," katanya.

-- BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive