Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 11, 2009

Pas kalah di Bagan Pinang: DAP | pkfz


SHAH ALAM – DAP semalam menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) berhadapan laluan sukar untuk memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Setiausaha Publisiti parti itu, Tony Pua berkata, calon Pas yang mewakili PR nanti pada kerusi DUN tersebut juga perlu sedar PR awal-awal lagi PR sudah kalah dengan kira-kira 5,000 undi pos yang didakwanya pasti berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Oleh kerana SPR tidak memansuhkan Borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran peribadi termasuk nama, Mykad dan nombor siri kertas undi membuatkan pengundi pos yang terdiri daripada kalangan anggota polis dan tentera berasa tertekan kerana mereka tidak diberi kedudukan yang bebas dalam memilih pemimpin.

“Nampaknya, BN menggunakan perang psikologi untuk meraih undi daripada pengundi pos agar memberi kemenangan kepada parti itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, tindakan SPR tidak memansuhkan butiran peribadi di dalam Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos adalah tidak adil.

“Kami masih meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota polis dan tentera kerana dipercayai ada di kalangan pengundi pos berkenaan dibayangi ugutan oleh pihak tertentu menyebabkan undi mereka hanya menyebelahi satu pihak sahaja.

“SPR sehar:usnya tidak memberi tekanan kepada pengundi pos yang majoritinya terdiri daripada kakitangan kerajaan dengan memaksa mereka melengkapkan butiran peribadi dalam borang 2 tersebut,” katanya.

Walaubagaimanapun, Tony berkata, DAP akan memberikan sokongan padu kepada jentera Pas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut dari DAP iaitu yang berjiran dengan Bagan Pinang akan memberi sepenuh kerjasama memastikan Pas menang kerusi tersebut.

“Kita harap pada pilihan raya DUN Bagan Pinang ini, PR dapat menguasai pengundi daripada kaum Cina dan India,” katanya.

Kelmarin, PR Negeri Sembilan sepakat mencadangkan supaya parti Pas bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor akibat jangkitan dalam darah, Jumaat lalu.

Pada pilihan raya umum lepas, Azman, 54 mewakili BN menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang hanya memperolehi 4,097 undi.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. SECARA RAMBANG PAS KALAH TAPI ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA JANGAN BIMBANG MALAM INI KITA SEMUA BUAT SEMBAHYANG HAJAT PUKUL 3 PAGI UNTUK PERJUANGAN DIBAGAN PINANG SEMOGA BERJAYA DAN RAKYAT TERBELA. JANGAN LUPA KEHADIRAN TUAN GURU DATO SRI ABDUL HADI AWANG DIMASJID AL-HIDAYAH PADA 13/09/09 INI TAZKIRAH RAMADHAN PENUHKAN KESELURUHAN KAWASAN MASJID DAN DILUAR MASJID BUKTIKAN KITA ADALAH UMAT YANG MENGUTAMAKAN ILMU AGAMA DAN DUNIA. WSLM

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive