Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 08, 2009

TAK PAYAH UNDI BN PUN BOLEH DAPAT JAMBATAN | pkfz



DUIT SAPA YANG NAJIB HULOQ UNTUK BUAT JAMBATAN DUA HALA NI? DUIT DIA KE? ATAU DUIT BN? ATAU DUIT RAKYAT? KALAU DUIT RAKYAT MEMANG PATUT SANGATLA KENA BAGI BALIK KAT RAKYAT WALAUPUN KALAH PILIHANRAYA.LAGIPUN DAH BANYAK SANGAT JAMBATAN BESAR-BESAR KAT PUTRAJAYA TU,ELOK JUGA DIBUAT JAMBATAN KAT KAMPUNG-KAMPUNG BUKAN SAJA DI MANEK URAI.JADI TAK DAK APA YANG HEBAT SANGAT DENGAN BERITA NI.

Najib luluskan projek pembangunan untuk Manek Urai RM8.9 juta

KUALA KRAI: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata beliau telah meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manek Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai pada 14 Julai lepas.

Perdana Menteri berkata walaupun Barisan Nasional (BN) tewas kepada PAS pada pilihan raya kecil itu namun kelulusan projek itu sebagai bukti kerajaan pusat menepati janji dan ikhlas dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

"Saya telah meluluskan pembinaan jambatan dua hala yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai lama yang berjumlah RM8 juta.

"Saya juga meluluskan projek pembaikan masjid Temalir berjumlah RM600,000 dan pembinaan kemudahan sukan di Kampung Manjor bernilai RM300,000," katanya semasa berucap pada majlis beramah mesra dengan rakyat dan berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, hari ini.

Seramai 4,000 penduduk Kuala Krai dan Manek Urai datang ke majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Najib berkata kelulusan projek itu sebagai menepati janji yang dibuat kerana baginya pengundi telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan sokongan yang penuh bagi memastikan pilihan raya kecil DUN Manek Urai berpihak kepada BN.

Namun, katanya walaupun PAS menang tetapi mereka susut dalam mendapatkan sokongan rakyat disebabkan kesungguhan pengundi sehingga PAS hanya mendapat 65 majoriti undi pada pilihan raya kecil itu.

Dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5,348 undi manakala calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat memperoleh 5,283 undi.

Najib berkata sebelum pilihan raya kecil itu, beliau berjanji akan turun ke Manek Urai jika BN menang.

"Kita cuma perlukan 33 undi. Kalau 33 undi beralih kepada Barisan Nasional kita pasti menang. Tapi walaupun tidak menang saya anggap kita sudah menang dalam pilihan raya kecil Manek Urai," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau datang untuk mengulangi pendirian kerajaan pusat bahawa untung nasib rakyat kelantan dan Malaysia bergantung kepada pengarahan serta halatuju kerajaan.

Pengarahan dan halatuju kerajaan adalah berdasarkan ajaran Islam yang berteraskan al-Quran dan Hadis, katanya.

Najib berkata berdasarkan teras itu, Umno yang merupakan parti utama mentadbir negara, telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negara.

Katanya berlandaskan pegangan itu, Umno terus berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang maju. BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Berucap sambil berharap. Dah tahu kelantan lebih awal pegangan Islam nya di sana, nak menagih dia pun cakap camtu. Tapi laksananya tidak. Wallahualam.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive