Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 12, 2009

Ugutan Rogol: Exco Selangor buat laporan polis | pkfz



SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan rogol yang diterimanya ketika sesi dialog bersama penduduk Seksyen 23 di sini, berhubung isu pemindahan kuil pada Sabtu lepas.

Rodziah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini, kira-kira pukul 12 tengahari tadi iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.

Exco Selangor itu berkata laporan itu dibuat kerana bimbang keselamatan diri, keluarga dan kakitangannya terancam.

"Saya hadir sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga serta panel dialog bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan tetapi menerima kata kesat dan ugutan rogol dari pihak yang menimbulkan kekecohan ketika sesi dialog berjalan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan.

BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. jangan beri muka kepada melayu kurang ajar!
    ajar cukup-cukup simulut bacul tu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive