Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 12, 2009

Zambry jangan celupar, cabar rakyat! | Nizar News



Oleh Mohd Akmal Kamarudin

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan rakyat negeri Perak yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir kerajaan negeri sebagai tindak tanduk mengarut dan tidak waras adalah cuba mencabar kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa jahat Umno / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk mengingatkan Zambry supaya jangan celupar di dalam memperkatakan kemelut dan krisis Perak ini mengikut kaca mata Umno / BN semata-mata. Jika tindakan UMNO / BN itu benar, kenapa perlu takut untuk rakyat menentukan siapakah kerajaan negeri yang sebenarnya yang telah di pilih oleh rakyat Perak semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun lepas.

DPPN Pk menganggap kenyataan Zambry itu sebagai satu amaran kepada rakyat Perak supaya menerima cara mereka untuk terus memerintah secara kuku besi yang tidak menghormati undang-undang yang ada dan boleh melanggar peraturan seperti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah bersidang pada 7 Mei yang lalu.

DPPN Pk mempersoalkan kenapa Umno / BN takut jika mereka yakin akan terus di terima oleh rakyat Perak. DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa rakyat Perak akan terus bersama dengan PR untuk membangunkan negeri Perak dengan berteraskan Negeri Kebajikan. DPPN Pk akan menunggu saat penting yang akan memastikan rakyat akan terus menolak Umno / BN kelak.

Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

detikdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Datuk Seri Dr Zamri Abdul Kadir kena lihat keputusan mahkamah baru-baru ni tentang Sivakumar. Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak mahkamah tidak boleh masuk campur urusan DUN. So faham-faham je le macamana kedudukan anda. Itu pun kalau masih ada harga diri....

    BalasPadam
  2. org 'tu'klu dah gila duit takleh nk buat apa dah...jahil...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive