Khamis, Disember 31, 2009
Hadiah Tahun Baru 2010 Dari Kerajaan BN
Harga Gula Naik 20 Sen Mulai Esok
PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.
Beliau berkata kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok (1 Jan 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.
Katanya kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.
"Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.
"Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, " katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.
Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.
Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).
Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.
"Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.
"Tertinggi ialah krimer pekat manis, jika beratnya 505 gram dengan anggaran kandungan gula sebanyak 228 gram, kesannya ialah 4.6 sen iaitu kurang daripada 5 sen," katanya.
Sehubungan itu, kata beliau, selepas cuti tahun baru, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan persatuan tertentu bagi memberi nasihat agar tidak menaikkan harga barangan berasaskan gula kerana kesannya sangat minimum.
"Pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga juga akan turun padang untuk melihat keadaan harga barangan yang berasaskan gula, dan jika ada kenaikan harga yang begitu tinggi, pihak kementerian akan menasihatkan agar tidak berbuat demikian," katanya.
Bagi roti putih pula, katanya peniaga tidak boleh menaikkan harga pada hari ini dan ia boleh dilakukan mulai esok berasaskan pertimbangan mereka.
-- BERNAMA
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Disember
(260)
- Kerajaan Pusat Enggan Iktiraf Exco Sukan Selangor
- Hadiah Tahun Baru 2010 Dari Kerajaan BN
- Najib Copperfield
- Letupan bom di Pattani menjelang tahun baru
- Umno Rantau Panjang lumpuh
- Bas ekspres ‘raja pecut’
- SELCAT Siasat Semua ADUN Termasuk PR
- Wanita diliwat suami
- Sambutan Ambang Sejahtera
- AS halang Zambry masuk kerana didakwa pengganas
- Polis London bantu jejak Raja Petra
- Gus Dur Meninggal Dunia
- Pakatan Rakyat tolak cadangan penamaan calon tiga ...
- Lawak Akad Nikah
- Koleksi Raja Lawak Bodo 2009
- SPRM Jangan Guna Alasan Lama
- Lawak UMNO Penutup 2009...
- Kempen Pengkhianat- Belum lancar, Umno sudah tertekan
- SPR Berbohong Mengenai Pembeli Dakwat, Rakyat Bole...
- Keluarga pemandu bas Sani Express mohon kemaafan d...
- Enjin Jet Hilang Satu Rekod Dunia
- "Saya Akan Cari Mereka Hingga Ke Lubang Cacing" : ...
- Nik Aziz desak Umno keluar BN
- Kemalangan di Lebuhraya Sprint
- Tamatkan Perkhidmatan MiG-29 Untungkan Orang Tengah?
- Perlis juara Piala Emas Raja-Raja
- SPR kena tunjuk bukti kes dakwat PRU-12
- Anak jutawan didakwa mahu letup pesawat AS
- Najib digesa sambut cabaran Dr Mahathir
- Empat tentera didakwa rogol gadis bawah umur
- Anwar agen dunia Islam!!.. Anwar talibarut ulamak
- Cubaan letup pesawat gagal
- UMNO sudah Tua dan nyayok, bersandiwara di Selango...
- Haramkan Bas 2 Tingkat Di Lebuhraya
- Bukan Orang Pas
- Lagi baik buat demo desak bas 2 tingkat diharamkan...
- Harga Rokok berkonsepkan 1Malaysia
- Papago
- Lawak Ahad : Buah Mangga
- Sambutan Krismas Paling Ganas di Pulau Pinang
- Pemandu bas akui 'terlelap'
- Projek 1Tikus dilancarkan
- Laman Suara Keadilan sudah bisu dan kelu
- Tidak munasabah tiada pegawai atasan terlibat
- Jangan Siasat Saya Sahaja - Dr. Mahathir
- Hilang enjin, tubuh segera Suruhanjaya Diraja - Anwar
- Umno Juara Rakyat,Umno Pengkhianat Rakyat dilancar...
- 10 maut bas terbabas di km272.8 lebuh raya PLUS
- Merry Christmas Yang Hijau
- Berani Conteng Gambaq Contoh Orang Hilang Teloq
- Perdana V6 dan jengkaut pun hilang jugak
- Gadis Dirayu Cinta Selepas Dirogol
- Peraduan Shell 1 Liter Peringkat Kebangsaan
- Telor menteri pulak hilang ?
- SOLAT SUNAT DHUHA
- 3 Beranak Maut,Lori Rempuh Empat Kereta
- Maut Rempuh Belakang Lori DBKL
- Bapa mentua Noordin ditangkap
- Anwar saman Dr M: Keputusan telah dirancang?
- Kursus mencuri enjin jet
- Ahli Parlimen Maran fahamkah apa yang dituduh?
- ROKOK 20 BATANG SAHAJA?
- Jet F5E akan gunakan enjin Kancil
- Pengsan ketika melakukan hubungan seks dengan anjing
- Bekas pencuri terkejut enjin jet boleh dicuri
- Rundingan Royalti Terengganu Masih Belum Selesai –...
- Kedah azam hadiahkan trofi kemenangan kepada peminat
- Petua Mencantikkan Buah Dada
- Kerajaan sembunyikan pembaziran RM2.4 juta wang ra...
- RM50 juta lesap, apa yang disiasat?
- Kedah mahu tebus kehampaan skuad utama
- Lakukan perubahan untuk selamatkan Pahang
- Nizar: Dua Enjin Pesawat Lesap, Cermin Kepimpinan ...
- MB Jawab Isu Bukit Botak
- Pelik kes enjin hilang tiada dalam Laporan Audit: ...
- Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion
- Hilang enjin RM50 juta, macam hilang kotak mancis!
- PR, Jangan Pandang Belakang
- Pesta seks di pangsapuri
- Sistem Pertahanan DiCemari Rasuah
- Ekoran Projek-projek Mega Tergendala – Pegawai Ker...
- UMNO: GERAKAN a.k.a Hampas Nyok..
- Peguam Dakwa Dirinya Mangsa Fitnah SPRM
- Yusuf Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar I...
- Ahli parlimen BN lebih pentingkan projek
- Woods enggan rawat masalah ketagih seks
- Perlembagaan dan pemijak lembu
- Perhentian bas Kuala Berang pula runtuh
- Enjin Jet Besar Mcm Gajah Pun Boleh Hilang...........
- PKR, DAP dan Pas tidak tergesa-gesa daftar pakatan...
- BN pucat, PR gigit jari
- Blog tidak akan mati
- Kabinet harus bertanggungjawab kehilangan enjin F-5E
- Kenapa beruk membaca utusan
- Lima Sekawan Sesat Lima Jam Di Bukit Tabur Ditemui...
- SILAP LETAK PRIORITY
- Enjin F-5E TUDM dijual pada syarikat di AS
- Lawak Ahad: Minyak Dah Habis
- Kedah Ke Final Piala Emas Raja-Raja
- ‘Polis’ penyamun
-
▼
Disember
(260)
SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, NAH JELASLAH PENCAPAIAN KERAJAAN TELAH DIUTAMAKAN. HIKS HIKS HIKS RAKYAT TERTIPU RUPANNYA....
BalasPadam