Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 25, 2009

Peraduan Shell 1 Liter Peringkat Kebangsaan



TEKNIK pemanduan berhemah selain bertahan dalam panas tanpa memasang alat penghawa dingin membolehkan pelanggan Shell, Lai Tsuen Yung, 24, membawa pulang RM50,000 selepas memenangi Peraduan Shell 1 Liter Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

Pelajar dari Johor itu mencatatkan jarak 21.34 kilometer (km) bagi satu liter petrol Shell FuelSave Unleaded, menewaskan wakil Melaka Syamsul Azwan Mustar, 31, yang mencatatkan perjalanan sejauh 21.06 km.


"Saya cuma melakukan yang terbaik dan tidak menyangka menjadi juara kerana persaingannya sengit," katanya.

Hadiah disampaikan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Datuk Mohzani Abdul Wahab.

Hadir sama Pengurus Operasi dan dan Jualan Kebangsaan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Azman Ismail dan Duta Jimat Minyak Shell, Fahrin Ahmad.

Tempat ketiga dimenangi wakil Selangor, Ho Chee Ming, dengan catatan jarak sejauh 19.47 km.

Sementara itu, Mohzani berkata, pemilihan enam negeri adalah berdasarkan permintaan paling tinggi pelanggan Shel di negara ini.

"Kita menerima lebih 6,000 permohonan, hanya satu terpilih mewakili negeri masing-masing," katanya.

Sementara itu, Pengurus Minyak Asia Pasifik Shell Global Solutions, Eric G Holthusen, berkata Shell FuelSave Unleaded baru mempunyai kualiti pembakaran dipertingkat sehingga dua kali lebih cekap berbanding Fuel Economy sebelumnya.

hmetro


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive