Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 28, 2009

UMNO sudah Tua dan nyayok, bersandiwara di Selangor menyerang Pakatan Rakyat.

Oleh: Cina Islam

Media arus perdana yang pro-kerajaan hari ini semacam secara terancang mula menyiarkan dan membesar-besarkan berita mengenai sekumpulan yang saya anggap sebagai pelakon upahan baru bagi menjayakan rancangan licik bagi melemahkah Pakatan Rakyat.

Tindakan sekumpulan sekitar 20 orang yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran kononnya dari rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Sekali dengar dan menyaksikan pemberitaan mengenai kumpulan ini seolah mengambarkan betapa Pakatan Rakyat sudah dalam keadaan benar-benar tersepit dan dalam keadaan bahaya akibat dari himpunan haram yang dihalalkan oleh UMNO itu.

Namun suka saya ingatkan bahawa inilah sebenarnya tembelang dan satu tindakan bodoh yang semakin meneggelamkan UMNO di negeri Selangor khususnya.

Tindakan UMNO menaja sekelompok yang sangat kecil jumlahnya itu untuk kononnya menunjukkan ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dan mendesak dengan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar sebenarnya memberi isyarat yang jelas itu adalah permainan dan slogan yang dimainkan UMNO untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kumpulan yang sekecil itu adalah kumpulan yang sama sekali tidak boleh mengambarkan itulah hasrat dan perangai ahli PAS yang kononnya bencikan sangat kepada pakatan Rakyat. Sebaliknya itulah kebimbangan UMNO yang dibawa oleh kumpulan itu. UMNO dan BN lah yang sangat takut dan bencikan Pakatan Rakyat, apalagi periuk mereka nanti akan diisi dengan pasir bila mereka kalah dan tersungkur nanti.

Kejayaan Pakatan Rakyat melangsungkan satu Konvensyen kali pertama yang bersejarah dan ianya berlaku di Selangor menambahkan lagi kebimbangan UMNO dan BN.

Kekuataan Pakatan Rakyat yang menjadi pilihan utama rakyat sehingga sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar ucapan bahawa pada PR ke 13 Pakatan Rakyat akan menduduki Putra Jaya, itulah sebenarnya pokok persoalan dan kebimbangan UMNO dan BN sehingga mereka nampaknya sudah semacam sudah hilang pedoman dan melakukan apa saja langkah untuk menyerang Pakatan Rakyat walaupun dalam banyak hal rakyat sebenarnya menilai dan mentertawakan UMNO dan BN yang sudah "tua" dan "nyayok" itu.

idhamlim


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. kelakarnya...tak dak muka ahli pas pun.takbir pun tak ada semangat,muka tak dak cahaya langsung,ada kelibat seluar pendek lagi,kenapa tutup muka,tak kan takut kena tatatertib kut.kita tak juang melayu,kita juang islam,kalau saya gambar melayu jahat kena pijak..lantaklah..tapi kalau gambar cina ke india tetapi beriman kena pijak...tu saya tak boleh diam...berapa upah lakunan tu ya...alih isu.pas keluar pr...umngok menang.tu baru beer.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive