Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 18, 2009

Nak nafi apa lagi Bung!


Ahli Parlimen Kinabatangan sah kahwin Zizie
KUALA LUMPUR - Desas-desus yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette, akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz semalam mengesahkan perkahwinan mereka.

Mohamad, Ahli Parlimen Sri Gading apabila ditanya berkata “Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita.”

Mohamad berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persida- ngan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di sini, malam semalam.

Kelmarin, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita semalam masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila 'tiba masanya'.

“Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa,” katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata, beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana 'kerja yang sangat mustahak.'

“Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz),” katanya.

Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata: ”Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi.” - Bernama

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. tahniah Bung Mokhtar ada isteri no 2!! info tentang seks suami isteri kat sini - Isteri Pura-pura Orgasma

    BalasPadam
  2. ehhh engkau nilah kawan itu nikah bukan pasal itu kot...kanh bang bung loaded...nak diharap natang itu...emmmm dah lama...

    BalasPadam
  3. MANGKUK NI LA MULUT PALING BIADAP DALAM DEWAN ,APANAMA TEMPAT DIA ERRRR KINABATANG...BATANGAN ERRR LUPA LAA ..PATUT LA MULUT PUN ...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive