Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 25, 2009

Maut Rempuh Belakang Lori DBKL



KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Seorang penghantar cepat maut apabila motosikalnya merempuh belakang lori Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika kesesakan jalan raya di Jalan Pahang di hadapan Hospital Tawakal di sini petang ini.

Mohd Firdaus Dauri, 25, yang bekerja di syarikat Naza Kia Kampung Baru mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata kejadian berlaku pada pukul 4.25 petang apabila Mohd Firdaus yang dari arah Setapak menghala ke Bulatan Pahang dipercayai menunggang laju hingga hilang kawalan dan merempuh belakang lori DBKL.

"Pemandu lori, Md Shah Osman, 41 tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive