Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 24, 2009

Ahli Parlimen Maran fahamkah apa yang dituduh?

Datuk Ismail Abdul Muttalib menerusi kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian 19 disember menyifatkan pihak pembangkang di `sentiasa cuba meracuni fikiran rakyat. Beliau juga menyifatkan pembangkang sentiasa tidak senang dengan setiap usaha kerajaan dengan memutar belit pelbagai isu bagi menjatuhkan kerajaan dengan cara yang kotor. Ini tuduhan yang amat serius!

Jika perkara ini benar-benar diperkatakannya ini adalah satu tuduhan yang amat berat dan sewajarnya diambil perhatian oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Di tuduh sentiasa cuba meracuni fikiran rakyat seakan menggambarkan pihak PR ini berada di pihak yang salah dan seakan mengajak rakyat berbuat sesuatu yang buruk!. Ini silap dan satu pertuduhan yang perlu diperbetulkan.

Adakah rakyat di enam buah negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat termakan pujuk rayu kosong dan ‘racun’ sehingga mendapat kepercayaan untuk memerintah negeri? Betapa singkatnya hujah dan mentaliti kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk memenangi hati rakyat. Pakatan Rakyat di’kambing hitam’kan untuk menutup kelemahan mereka mentadbir negeri dan negara. Tidak serik lagikah mereka dengan penangan keramat rakyat dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu yang sudah muak dengan politik kotor dan tidak bertamadun.

Berdasarkan Laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat lebih berinterigiriti dan positif dalam berbelanja dan menjaga kebajikan rakyat. Laporan audit jelas mengesahkan pengurusan kewangan di negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih bijak dan berhemah manakala di negeri lain terdapat penyelewengan dan pembaziran. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa jua pun.( Boleh rujuk laporan Audit Kerajaan Negeri Pahang sebagai contoh ).Tidak perlulah mengelirukan rakyat dengan tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan untuk mengekalkan kuasa.

Menurut Datuk Ismail lagi ` tindakan rakyat menyokong pembangkang akan menyebabkan masa depan bagi pembangunan penduduk di sesuatu kawasan akan terjejas ‘. Atas penanda aras manakah beliau tanpa segan-silu berkata sedemikian? Di negeri manakah kadar kemiskinan penduduknya yang paling tinggi ? Adakah Kelantan , Terengganu , Perlis atau Sabah? Malah di Pahang sendiripun masih ada perkampungan yang belum mendapat bekalan air , elektrik mahupun Jalan raya walaupun hanya beberapa puluh kilometer dari bandar.

Sedih dan tragis jika masih ada pimpinan di alaf baru yang masih menyanyikan lagu lama untuk meraih perhatian khalayak. Kekeringan hujah dan idea. Barangkali pemikiran mereka masih ketinggalan sepuluh tahun ke belakang apabila beranggapan rakyat masih lagi boleh di`bodoh’kan dengan helah pembangunan sedangkan apa yang diperkatakan tidak berpadanan dengan apa yang dibuat. Setelah lebih 50 tahun pemerintahan BN , kemiskinan tegar tidak juga dapat di hapuskan , begitu juga dengan kes rumah setinggan bagi rakyat yang tidak berumah , jenayah , masalah sosial dan sebagainya sehingga tidak perlu kita menilai sejauh mana kecekapan mereka mencari sumber kewangan baru negara kerana selain bakal mengenakan cukai GST, hasil balak dan menyedut untung Petronas mereka sudah tidak mampu berfikir ke arah lain.

Dalam keadaan itupun masih ada wakil rakyat mereka yang ingin menyalahkan `pembangkang’! Adakah rakyat akan mengambilkira fakta ini dalam pilihanraya yang akan datang? Wallahualam!

sidangonline


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive