Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Disember 22, 2009

Pesta seks di pangsapuri


BENTONG - Sekumpulan remaja menjadikan pangsapuri di pusat peranginan terkenal di sini, sebagai tempat melakukan aktiviti kurang sihat, termasuk mengadakan pesta seks, arak dan dadah, berikutan kosnya lebih murah berbanding berhibur di disko.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, perkara itu terbukti menerusi dua serbuan berasingan yang dijalankan polis pada 19 Disember lalu, antara jam 2.45 pagi dan 3.45 pagi.

Menurutnya, dalam serbuan pertama di Tingkat Enam, Blok A sebuah pangsapuri, seramai 10 orang membabitkan sembilan lelaki dan seorang perempuan berjaya ditahan.

“Tiga daripada mereka yang ditahan adalah pelajar kolej di ibu negara dan tiga lagi kakitangan kerajaan.

“Semua yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun dan ketika serbuan, kebanyakan mereka dalam keadaan khayal,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini, semalam.

Rosli berkata, semua yang ditahan diminta menjalani ujian air kencing dan sembilan daripada mereka positif ganja, manakala seorang lagi didapati negatif.

Menurutnya, polis juga menemui satu ketulan mampat ganja seberat 61 gram dibungkus menggunakan kertas surat khabar dan dua paket ketamine seberat 5.6 gram yang diletakkan dalam bekas gula-gula ‘Eclipse’ dalam sebuah bilik serta sebiji pil ecstasy di atas meja ruang tamu.

“Polis turut merampas enam tin kosong dan 18 tin masih belum dibuka minuman keras jenama Heineken, sebotol arak Jenis Jack Daneels, sebotol arak jenis Kampai, alat menghisap ganja, sebuah komputer riba, kamera digital, sepasang pembesar suara, enam keping cakera padat lagu dan beg.:

“Semua yang ditahan akan direman hingga 26 Disember ini di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Bahaya 1952 atas kesalahan memiliki ganja, Seksyen 12(2) Akta Dadah Bahaya 1952 atas kesalahan memiliki pil ecstasy,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan kedua pada jam 3.45 pagi di tingkat 22 Blok B pangsapuri sama, seramai 19 orang berjaya ditahan.

Rosli berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan enam perempuan, termasuk seorang perempuan Cina. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 16 hingga 27 tahun.

Menurutnya, hasil saringan air kencing, seramai lapan lelaki dan dua perempuan didapati positif dadah jenis ketamine.

Dalam serbuan itu juga, polis turut menemui sebiji eramine 5 dalam dompet berwarna hitam milik salah seorang mereka dan sebiji ectasy serta eramin 5 dalam sebuah beg galas dalam pangsapuri berkenaan.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong pagi tadi (semalam) dan dua daripada mereka ditahan reman hingga esok (Selasa),” katanya.

Beliau berkata, polis akan terus memantau kegiatan kurang bermoral ini terutama di pusat peranginan berkenaan, memandangkan sebelum ini terdapat serbuan sama berlaku pada 15 November 2009.

Menurutnya, ibu bapa perlu peka dengan aktiviti yang dijalankan anak masing-masing terutama sekali yang belajar di ibu negara supaya tidak terlibat dalam kegiatan kurang sihat ini.

sinarharian


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive