Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 20, 2009

Kedah Ke Final Piala Emas Raja-Raja

ALOR SETAR, 19 Dis (Bernama) -- Kedah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja selepas menyingkirkan Singapura 2-1 (agregat 3-2) dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman di sini malam ini.

Kedah membuka jaringan pada minit ke-27 permainan menerusi sepakan Mohd Faizal Abu Bakar dari dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Singapura, Roswadi Kamis.

Bagaimanapun, pasukan pelawat bangkit melawan dan berhasil mendapatkan gol penyamaan setelah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-41 yang disempurnakan oleh Dalis Supait.

Apabila permainan disambung pada babak kedua, Kedah yang menerima sokongan padu kira-kira 10,000 penyokong terus melancarkan serangan ke kubu lawan dan Faizal muncul wira pasukan apabila sekali lagi menjaringkan gol iaitu pada minit ke-82 untuk tuan rumah kembali mendahului.

Kedah akan bertemu Perlis yang terlebih dahulu mengatasi Johor 3-0 dalam perlawanan akhir pada 26 Dis ini.

-- BERNAMA

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive