Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 27, 2009

Projek 1Tikus dilancarkan



MBSA lancar projek 1Tikus

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi setiap tikus yang ditangkap di sekitar kawasan pangsapuri di Seksyen 16 di sini sempena Kempen 3K iaitu kebersihan,kesihatan dan kitar semula di kawasan itu hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohtar Hani berkata ganjaran itu ditawarkan sebagai galakan untuk penduduk setempat menyertai kempen itu.

"Kita tawarkan RM1 bagi setiap ekor tikus yang ditangkap untuk memastikan kempen 3K pada hari ini berjaya," katanya selepas melancarkan Kempen 3K di kawasan itu.
Katanya kempen 3K akan diadakan secara berterusan bagi mendidik penduduk supaya peka dengan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka.

Ini kerana persekitaran kotor akan mengundang risiko penyakit berbahaya.
Selain aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar dan memusnahkan binatang perosak itu, MBSA juga akan mengadakan aktiviti pembersihan sampah pukal seperti perabot lama, almari, kerusi serta sampah-sampah kebun seperti dahan, ranting, daun dan kayu,katanya.

"Kita juga akan menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa bebas dari pembiakan binatang perosak yang mengundang penyakit," kata beliau.

tvs


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive