Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Disember 19, 2009

Ceramah Penerangan Kes Qazaf Di Banteras Polis

Sejurus selepas penahanan dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan petang tadi, polis dikerah mengepung sebuah dewan serbaguna di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi.
Ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan dikerah ke dewan tersebut bagi menghalang sesi penerangan Angkatan Muda Keadilan dari berlangsung.

Manakala anggota-anggota polis kelihatan mengadakan sekatan jalanraya di beberapa jalan masuk menuju dewan itu.

TV Selangor difahamkan ceramah malam tadi adalah kesinambungan kempen sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat menerangkan perkembangan terkini kes Qazaf Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, Naib Ketua AMK Khairul Anuar dan Exco AMK Azizi ditahan pihak berkuasa kerana mengedar risalah kes Qazaf kepada orang awam sejurus selepas solat Jumaat.
TV Selangor difahamkan AMK mendesak kes Qazaf Ketua Pembangkang diteruskan bicara di Mahkamah Syariah, dan menyifatkan penangguhan kes itu adalah campurtangan serius Eksekutif dalam aturcara keadilan Islam.

tvs


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Khas untuk KPN Selangor pi le tangkap orang yang dok edar pelbagai risalah dimerata-rata tempat seperti.....
    1.Risalah tukang urut di Super market.
    2.Risalah penapis air.
    3.Risalah saham akhirat(derma wakaf masjid,maahad tahfiz dan lain-lain.
    4.Risalah fuel saver.
    5.Risalah pinjaman mudah.
    6.Risalah kemudahan loan kereta.
    7.Risalah melancong dan umrah.
    Semua yang disenaraikan diatas kebanyakannya tiada permit penerbitan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive