Isnin, Februari 01, 2010
Tuanku Abdul Halim: Muzakarah Dan Muafakat untuk Selesai Masalah
Tuanku Abdul Halim: Muzakarah Dan Muafakat untuk Selesai Masalah
Pemangku Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menitahkan semua pihak supaya kembali kepada prinsip bermuzakarah dan bermuafakat dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
Baginda bertitah melalui muzakarah dan muafakat segala permasalahan yang dihadapi akan dapat dirungkai.
"Antara kekuatan kita adalah semangat bermuzakarah dan bermuafakat dalam menyelesaikan apa-apa masalah," titah baginda ketika Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara, di sini.
Tuanku Abdul Halim bertitah adalah menjadi tugas semua pihak, baik daripada kalangan anggota pentadbiran, kerajaan, pembangkang, penjawat awam, rakyat biasa mahupun anggota-anggota badan bukan kerajaan untuk memastikan keharmonian, perpaduan dan sikap toleransi antara pelbagai kaum dan penganut agama terus dipelihara demi kesejahteraan negara.
Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan genap 36 tahun penubuhan entiti Wilayah Persekutuan yang pertama iaitu Kuala Lumpur hari ini, baginda juga berharap supaya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan kesungguhan supaya kebajikan
rakyat terpelihara.
"Dalam hal ini setiap tindakan dan keputusan yang diambil oleh para penjawat awam hendaklah berpaksikan kepada kepentingan rakyat keseluruhannya, selaras dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," titah Tuanku Abdul Halim.
Baginda juga bertitah agar warga Wilayah Persekutuan bersatu padu dan memberikan sokongan penuh kepada segala usaha kerajaan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam menempuh kegawatan ekonomi global ketika ini.
Baginda juga menzahirkan kegembiraan dengan kejayaan program penjualan unit-unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Titah baginda usaha-usaha untuk membolehkan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri hendaklah diteruskan dan turut dilakukan di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia.
"Beta berharap usaha-usaha yang berterusan hendaklah dilaksanakan bagi membendung kewujudan kawasan-kawasan setinggan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan," titah Tuanku Abdul Halim.
Baginda juga menzahirkan kepercayaan bahawa pihak kementerian akan memberikan perhatian serius untuk meningkatkan tahap bagi aspek-aspek yang dapat menjamin dan menjadi pengukur kepada kesejahteraan bandar seperti keselamatan, kualiti hidup, kebersihan, kesempurnaan perkhidmatan dan kemudahan.
"Pastikan tumpuan bukan diberikan kepada penambahbaikan kehidupan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja, tetapi hendaklah merangkumi Wilayah Persekutuan Labuan dan bandar-bandar utama lain di seluruh Malaysia," titah baginda.
Dalam keghairahan mengejar kemajuan fizikal dan ekonomi, baginda mengingatkan supaya prinsip kelestarian alam sekitar tidak diketepikan.
"Beta berharap setiap agenda pembangunan akan mengambil kira impak dan kesannya terhadap alam sekitar. Usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar perlulah sentiasa diutamakan kerana ia merupakan tanggung jawab dan amanah daripada Allah S.W.T," titah baginda.
Baginda juga berharap supaya penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan akan terus menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada semua untuk berganding bahu serta bersatu hati ke arah mencapai matlamat 1Wilayah Persekutuan, Maju dan Sejahtera.
Terdahulu Tuanku Abdul Halim menyampaikan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2010 kepada 240 penerima anugerah dengan dua penerima dianugerahkan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW), tujuh menerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW), 27 dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW), 32 (Johan Mahkota Wilayah-JMW), 39 (pingat Kesatria Mahkota Wilayah), 43 (pingat Ahli Mahkota Wilayah dan 90 lagi menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah.- Bernama.
tvs
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Februari
(286)
- Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak
- Umno-BN Korup Hingga Ke Akar Umbi
- Cubaan Sabotaj Program Anwar Di Segamat
- Rakyat digantung kes Anwar-Saiful
- JIKA UMNO KUAT, AMBIL TINDAKAN TERHADAP KU LI
- Remaja Jual Dara Secara On-Line $45,000 Untuk Baya...
- Tuduhan Membunuh Dan Bersekedudukan
- Lawak Ahad: Pak Pandir dan kondom
- Saidatul Perlu Cermin Diri Dulu - Datuk Halik
- 45,000 Kerja Kosong di Restoran Mamak Tidak Diisi ...
- Kerajaan Selangor Sanggup Sedia Tapak Sekolah
- Program Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Sabah 28 Febru...
- UMNO Tiada Isu, Lancar Serangan Peribadi
- Keputusan TM Liga Super 27 Feb 2010
- Siaran Langsung TM Liga Super 27/2/10
- AmpUno Juara Maulidur Rasul
- Bekas PM Kanada desak gugur kes Anwar
- "Rais cakap, Anwar boleh nyalakan 'mentol' satu M'...
- Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak
- Buaya patah gigi lawan dua lelaki
- Amy Search di Masjid Kota Damansara 28 Feb
- Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli
- Pembangkang digesa perjuang tuntutan royalti
- Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul
- Tak perlu layan budak-budak baru yang pertikai kep...
- Pulau Pinang perkenal sistem pendaftaran kahwin on...
- 5,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul Di Selangor
- PAS, NGO bantah acara maksiat Pesta Balok
- ISU ROYALTY DARI KACAMATA PENGGEMAR TEH TARIK
- Ibu pejabat PAS temui blogger dakwa salah laku 3 p...
- Risalah Hina Istana Selangor Cemar Sambutan Maulud...
- Sejarah Kelahiran Rasulullah SAW
- Zambry saman PKR RM100 juta
- Esok masih ada???
- Royalti: BN terus cuba kelirukan rakyat
- Selamat Menyambut Maulidur Rasul
- Kehilangan Enjin Jet TUDM, Mustahil Hanya Dua Indi...
- Pelajar dipaksa berbogel oleh senior
- S'gor agihkan RM49 juta untuk kebajikan rakyatnya
- Langkah Berani MB Kedah
- Gambar : Sekitar Ceramah DSAI di Jeniang, Kedah
- Petronas Untuk Rakyat
- BANJIRI CERAMAH PKR KERANA RISALAH LUCAH?
- Potong bajet pelajaran, lebihkan Permata Negara?
- Hanya Anwar layak jadi PM: Guan Eng
- Nenek lawan 3 penyamun
- Suhakam temui anak Raja Petra di penjara Sg Buloh
- Royalti berhak diterima Kelantan RM2 bilion, bukan...
- Eksekutif telco yang mana jual video lucah?
- Jangan dahului mahkamah, Anwar belum dibuktikan be...
- Ke mana hala tuju kambing di era fesbuk
- Kenaikan Tarif Elektrik Bukti Najib Gagal Laksana ...
- Zambry dalam ketakutan - Khalil Idham Lim
- Acara Paling Dinantikan Malam Ini
- Kumpulan Shahidan tuntut jawatan MB?
- Selangor Seri Tanpa Jaringan Dengan Becamex Binh D...
- Hujah Dangkal di TV9
- Cabaran Kepada Guan Eng Helah Elak Debat
- Felda Rugi RM1 Billion bersama 1Malaysia - Zabiedi...
- Salam Maulidur Rasul
- Royalti: Ku Li sarat hujjah, Tok Pa tong kosong?
- 'Indeks mi segera' ukur kegawatan
- Benarkah Presiden PAS 'bercanggah' dengan Mursyidu...
- Berdebat Pun Kecut Teloq, Nak Jadi Juara Rakyat Ko...
- Blogger dedah perbualan Saiful dengan blogger Umno
- Presiden Pas Bidas Media Arus Perdana
- Tok Guru Nik Aziz tonton wayang
- Nikah lepas hilang 9 jari
- Juara Rakyat Tapi Takut Debat
- BN, Bahtera Yang hampir Tenggelam
- Demo 24 Feb diteruskan, kata NGO Felda
- Kes Nasir Safar Penuh Madah Berhelah
- Iklan Penjelasan Isu Royalti Yang Tidak Jelas
- Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan Dipotong
- Tindakan Lim Guan Eng Patut DiContohi
- Tokey Mercun Dah Kaya Raya, Kita Jadi Hanturaya
- Pusat iklankan isu royalti Kelantan sasar Ku Li, A...
- Ustaz Umno tolong nasihatkan Shahrizat
- 20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat N...
- MP Kuala Nerus dirawat di HSNZ akibat jangkitan ku...
- PAS Wilayah sedia dedah tembelang Umno
- BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti
- Lompat tak boleh, melompat boleh
- JKJR akan ceramahkan drebar bas yang bawa laju
- Gunakan Tandas Dengan betul, Kalau Tak...
- Lawak Ahad: Jaguh Pedang Dunia
- Berita yang tiada di TV Malaysia
- Keputusan Piala FA Pusingan Ke 2 (2) 20 Feb 2010
- Siaran Langsung TM Piala FA 20/2/10
- Jangan Terkejut Jika Nasir Safar 'Bebas'
- Jaga-jaga Kedah malam ni...
- Remaja lepasan SPM dakwa dibelasah polis
- Pejabat Pelajaran pun jadi “cawangan” Umno juga?
- Najib Takut Adakan Sidang Tergempar Parlimen
- Lagi ditahan ISA
- Bila babi disangka kambing
- PAS dah lama bikin la...
- Pakatan Desak Sidang Tergempar Bincang Kes Anwar
- Anwar : Terus Mara Jayakan Agenda Perubahan
- Ganyang DAP
-
▼
Februari
(286)