Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 02, 2011

BERSIH BUKAN PERTUBUHAN,LAGU MANA BOLEH KATA PERTUBUHAN HARAM?

DEY MACHA!!!
PEKASAM,BERAHIM ALI YANG TERANG2 MENGHASUT
TAK DIHARAMKAN PULAK
BETUL-BETUL DOUBLE CHEESE PUNYA DOUBLE STANDARD
KAH! KAH! KAH!

PAKTURIOT BERDEMO DEPAN PEJABAT PKR
GENG MAMAK BAWA ITIK ATAS JAMBATAN PULAU PINANG
BILA PULAK NAK HARAMKAN?
KAH! KAH! KAH!

CELAH MANA 8 TUNTUTAN BERSIH KATA NAK GULING KERAJAAN?
CUBA HANGPA BACA BETOI2
KA HANGPA TAK RETI BACA?
KAH! KAH! KAH!



Hishammuddin isytihar BERSIH 2.0 pertubuhan haram

Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram berkuatkuasa semalam, menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah ROS Abdul Rahman Othman berkata perisytiharaan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

azlanMenurut beliau, siasatan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan BERSIH 2.0 bukan pertubuhan yang didaftarkan.

Kenyataan itu berkata BERSIH 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Selain itu, katanya BERSIH 2.0 juga telah menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang.

Aktiviti-aktiviti BERSIH 2.0 juga dikatakan memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara.

NONEMenurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri itu, BERSIH 2.0 juga bukan sebuah persatuan berdaftar.

“Walau bagaimanapun, BERSIH 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.”

Namun kementerian mendapati BERSIH telah:

  • Bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini;
  • Menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu; dan
  • Melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

“Oleh itu, YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa pada 1 Julai 2011.”

azlanBERSIH 2.0 sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini supaya lebih adil dan telus.

Antaranya, menuntut daftar pengundi yang bersih, pembaharuan dalam sistem undi pos dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadamkan.

BERSIH 2.0 juga memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari dan semua parti politik tang bertanding diberi akses kepada media secara adil dan bebas.

Ia juga menuntut supaya amalan membeli undi dan 'politik kotor' yang diamalkan sebelum ini dihentikan.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji sedang melakukan sesuatu, termasuk kononnya sistem baru online yang diperkenalkan semalam mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, namun ia hanya tinggal janji.

NONESemakan Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Begitu juga dengan kenyataan Timbalan pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata SPR hanya boleh menasihati pihak media supaya memberi akses yang adil kepada parti politik yang bertanding tetapi tidak boleh memaksa mereka supaya berbuat demikian, termasuk di stesen-stesen kepunyaan kerajaan.-MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK



1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive