Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Disember 20, 2011

BAJET TEMBERANG KERAJAAN

INI BAJET 2009 OLEH KERAJAAN MALAYSIA:

UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGANGKUTAN AWAM, SEBANYAK 35 BILION RINGGIT AKAN DIBELANJAKAN DALAM TEMPOH 2009 HINGGA 2014* INI TERMASUK PROJEK-PROJEK MENINGKATKAN KAPASITI PERKHIDMATAN REL SEDIA ADA, MEMBINA LALUAN REL BARU, MENAMBAH BILANGAN BAS SERTA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR BERKAITAN*

DEY MACHA!!!
GUA DAH CAKAP
BELANJAWAN CUMA TEMBERANG
BELANJAWAN CUMA UNTUK DIANGGUK
OLEH PAK PAK MENTERI
OLEH MEDIA-MEDIA PENCACAI
DAN PENCACAI-PENCACAI ITU SENDIRI
YANG NYATA ADALAH CAKAP KOSONG
KAH! KAH! KAH!

ITU BELANJAWAN TAHUN 2009 BEB
LA NI DAH TAHUN 2011
DAH 2 TAHUN BERLALU BEB
KALAU JERUK PETAI PUN
DAH TAKLEH NAK MAKAN
EXPIRED....
KAH! KAH! KAH!

PENGANGKUTAN AWAM BUKAN BERTAMBAH BAIK
MAKIN PARAH LAGI ADA
CAKAP BILION-BILION
HABUK PUN TARAK
KAH! KAH! KAH!

MASALAH PENGANGKUTAN AWAM BERLARUTAN TANPA PENYELESAIAN YANG BERKESAN

Jumlah nilai peruntukan yang telah dijanji adalah seperti jadual berikut:

Tahun Daripada Nilai

2006 Kabinet RM4.4 bilion
2006 Jawatankuasa Kabinet RM10 bilion
2008 Penilaian RMKe-9 RM1.6 bilion
2008 Belanjawan 2009 RM35 bilion
2008 Pakej Rangsangan 1 RM0.5 bilion
Total RM51.5 bilion

TUUDIA RM51.5 BILION
MANA PI SEMUA TU?
TAKKAN BUAT BELI KONDO LEMBU JUGAK?
ATAU HANGPA BELI KERETA LEMBU???
KAH! KAH! KAH!


‘Kami perlu bas’


TERBIAR...perhentian bas di Kampung Sungai Pusu.

GOMBAK: “Seingat saya, kali terakhir bas masuk untuk mengambil penumpang di kawasan ini empat tahun lalu dan selepas itu, tiada lagi pengangkutan awam masuk ke sini.

“Cuma sekali-sekala teksi masuk, itu pun jarang sebab penduduk lebih memilih untuk berjalan ke hentian bas terdekat memandangkan caj tambang teksi terlalu mahal,” kata pelajar, Seri Indah Sapawi, 16, yang kecewa disebabkan perkhidmatan bas ke kawasan Kampung Sungai Pusu, di sini, dihentikan sejak sekian lama.


Tinjauan Metroplus ke kawasan terbabit mendapati rata-rata penduduk mengeluh dan menyatakan kesukaran terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk keluar ke pusat bandar atau ke pekan berhampiran khususnya untuk membeli barang keperluan.

Seri berkata, kesukaran itu bukan hanya dihadapi penduduk yang bergantung pengangkutan awam semata-mata, malah pelajar yang mahu ke sekolah juga terpaksa melakukan perkara sama dengan berjalan tiga kilometer untuk ke hentian bas terdekat.


“Perkhidmatan bas sekolah tiada, jadi kami terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk menunggu bas di depan pintu utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana ia hanya mengambil penumpang di situ,” katanya.


Penduduk, Osman Ismail, 56, berkata sejak perkhidmatan bas dihentikan, pelbagai kesulitan dihadapi penduduk selain keselamatan laluan untuk ke hentian bas membimbangkan.

“Sekiranya mahu menaiki bas ke bandar, kami terpaksa berjalan dan melalui jalan pintas untuk ke hentian terdekat. Ia membahayakan terutama kanak-kanak kerana laluan itu dalam ladang getah,” katanya.


Katanya, jika tidak melalui jalan pintas sejauh tiga kilometer itu, mereka perlu menggunakan jalan utama yang lebih jauh iaitu hampir lima kilometer.-HM





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive