Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Disember 06, 2011

Soi Lek dituntut minta maaf


KUALA LUMPUR, 5 Dis: PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar), yang memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam.

Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim juga melahirkan rasa "kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau."

Ini bukanlah kali pertama presiden MCA yang pernah tertangkap dalam video seksnya itu menghina Islam bahkan telah beberapa kali.

Kali ini di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam.

Kenyataan Soi Lek ini dibuat ketika rakan karib MCA itu, Umno, terus-terusan mendakwa kononnya DAP cuba mengkristiankan umat Islam padahal kebanyakan pemimpin DAP sendiri bukan beragama Kristian.

Abim menilai kenyataan biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri, kata Mohamad Raimi dalam kenyataannya.

Di samping itu, katanya, Abim berpandangan kenyataan tersebut yang itu berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini.

Ini memandangkan hukum Hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia.

Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek tersebut juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamophobia yang berkembang pesat di seluruh dunia, tambah beliau.

Abim, katanya, merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau.

Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), Abim menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Abim juga, katanya, menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali.

Umno sekongkol dengan MCA

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah.

Tindakan terbaru Presiden MCA, Dr chua Soi Lek mengkritik hukum hudud bukan perkara baru, walaupun kenyataan ini dikritik oleh pelbagai pihak.

"PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi.

"Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu UMNO terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, Ketakutan Umno untuk menegur tindakan biadap Chua Soi Lek ini membuktikan kepada umum siapa jadi kuda tungangan sebenar.

Kebiadaban MCA ini tentunya lahir dari rasa besar kepala akibat tiadanya teguran atau bantahan oleh mana-mana perwakilan sewaktu PAU lalu.

Bahkan apa yang diluah ialah kritikan terhadap enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan, yang kononnya bertentangan dengan hudud sebenar.

"PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, UMNO seharusnya membentang hudud yangh sebenar dan PAS. Akan pasti meyokongnya.

"Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya.



HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Pelakon Porno ni masih ada dato seri ke? Takkan ketua agama (sultan, mufti, jakin, jais etc.) nak biorkan pelakon porno ni menghina Islam?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive