Berbunyi pulak cerita ni.. Setelah isu air gagal memburukkan Kerajaan PAS Kelantan, Utusan memainkan semula Isu jumlah Masjid yang dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan..
Dulu.. Najib telah dibidas oleh TG Nik Aziz dengan menyifatkan beliau sebagai jahil kerana menilai perjuangan Islam dengan jumlah masjid yang dibina dan TG Nik Aziz bersimpati dengan kejahilan Najib itu..
Najib disifatkan sebagai jahil, begitulah juga apa yang boleh disifatkan atau dilabelkan terhadap editor Utusan yang membenarkan penyiaran artikel sebegini dengan tajuk yang jelas mahu merendahkan kewibawaan Kerajaan Negeri PAS Kelantan.
Jika PAS dilaporkan hanya membina satu Masjid dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat berapa puluh buah masjidkah yang telah berjaya dibina oleh kerajaan negei-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO?
Jika Kerajaan UMNO/BN mendakwa merekalah yang telah membina seluruh Masjid yang ada di dalam Malaysia ini.. fikirkan dari manakah datangnya sumber untuk membina Masjid-masjid tersebut? Tidakkah ianya datang dari cukai yang dikutip dari rakyat?
Kalau dibina beratus ribu buah Masjid dan Masjid tersebut hanya menjadi simbol negara Islam tapi bila tiba waktu solat, ianya kosong tak ada faedah juga tu..
Tapi.. tak pernah pulak aku dengar ada Masjid UMNO.
Hanya satu masjid
RANTAU PANJANG 7 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.
"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat,” katanya hari ini.
Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.
Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.
Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. – BERNAMA
Masjid: Apa Najib kata jika hidup sezaman Rasulullah?
1 March 2011
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat simpati dengan kejahilan pemikiran perdana menteri yang hanya menilai perjuangan Islam dengan jumlah masjid yang dibina.
Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman facebook merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk ‘Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun’ yang memetik kenyataan Datuk Seri Najib sewaktu berucap di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau semalam.
Najib didakwa mempersoal adakah PAS memperjuangkan agama kerana hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan.
Dalam responsnya itu, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS membayangkan adakah Najib akan mengeluarkan kenyataan sama jika hidup di zaman Rasulullah s.a.w. di Madinah dahulu.
Ini kerana, pada zaman tersebut, baginda hanya membina sebuah masjid sepanjang 10 tahun memerintah Madinah.
“Saya membaca kenyataan Perdana Menteri Malaysia di dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.
“Terdetik di hati saya, jika beliau (Najib) berada di zaman Rasulullah s.a.w., adakah kenyataan ini juga akan dikeluarkan bila melihat Rasulullah s.a.w. hanya membina sebuah sahaja masjid sepanjang 10 tahun mentabdir Madinah?”soalnya.
Tambahnya, penilaian sebegitu juga telah mencerminkan pemikiran Najib yang diracuni fahaman sekular mirip pemikiran bekas Perdana Menteri Turki, Mustafa Kamal Antartuk.
“Wallahu’alam. Pemikiran ala Kamal Atarturk sukar dijangka…,” tambahnya.
Dalam laporan akhbar pro Umno itu juga, Najib berkata rakyat tidak seharusnya melihat hanya PAS memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti ‘Membangun Bersama Islam’ dan ‘Negeri Serambi Mekah’.
Tambahnya lagi, umat Islam juga tidak boleh mengukur keislaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah.
darisungaiderhaka
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK