Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 22, 2011

Sewa bilik RM50 untuk maksiat



DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti yang masih menuntut di institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, awal pagi kelmarin.

Menyedari bilik mereka didatangi tetamu tidak diundang kira-kira jam 1.50 pagi itu, teman lelakinya yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri.

Siasatan awal ke atas gadis terbabit mendapati, dia mendaftar masuk ke bilik hotel yang disewa dengan kadar RM50 itu kira-kira jam 5 petang selepas turun dari bas ekspres di tempat hentian bas berdekatan.

Ketika ditemui, gadis berasal dari Klang, Selangor itu memberitahu, dia menyewa bilik hotel murah itu untuk bertemu teman lelakinya.

Gadis berusia 19 itu turut mengakui dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang melarikan diri dari bilik hotel itu sejak dua tahun lalu dan sempat melakukan adegan panas bersama pasangannya sebelum bilik mereka diserbu pihak berkuasa.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka kali pertama menginap di hotel terbabit akhirnya memerangkap dirinya setelah dicekup pihak berkuasa jabatan agama.

“Saya terkejut apabila bilik saya tiba-tiba diketuk pada waktu awal pagi, tak sangka pula diserbu pencegah maksiat, saya ingat hotel itu selamat,

“Bagaimanapun ketika berada di bilik itu, saya sempat melakukan beberapa adegan panas, dan nyaris melakukan hubungan seks dengannya, nasib baik saya sempat menolak keinginannya untuk menodai saya,” katanya yang merupakan penuntut semester empat Diploma Perakaunan di sebuah IPTA.

Ketika ditanya mengenai nasibnya selepas pihak pengurusan IPTA mendapat tahu kes membabitkan dirinya, remaja terbabit memberitahu dia kini buntu memikirkan perkara itu, apatah lagi dia hanya menunggu dua semester lagi untuk memastikannya mendapatkan segulung diploma seperti yang dicita-citakan.

“Saya tidak berniat untuk melakukan perkara sumbang.

“Saya benar-benar menyesal, jika diberi peluang, saya bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi, berilah saya peluang terakhir,” katanya.

Dia dibawa ke pejabat Unit Penguat kuasa Syariah untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas dijamin oleh ibu bapanya.

Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 manakala teman lelakinya yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan selanjutnya.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. kesian kepada pelajr tersebut...terpulang kpd penjaga samada nak kahwinkan terus pelajar terbabit...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive