Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 25, 2011

Utusan bohong lagi, fitnah mahasiswa pula

KUALA LUMPUR, 23 DIS – Lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia sekali lagi melemparkan fitnah apabila menuduh Penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif Adam Adli memijak dan mengoyak bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman mahasiswa menuntut kebebasan akademik 17 Disember lalu.

Menurut Adam yang mengakui beliau hanya menurunkan tetapi kemudian menaikkan kembali bendera itu sebagai tanda protes aman, fitnah ‘memijak’ dan ‘mengoyakkan’ bendera tersebut dilaporkan Utusan mencerminkan ketakutan kerajaan UMNO-Barisan Nasional kepada gerakan mahasiswa.

“Sebagai mahasiswa, apa yang anda takut sangat dengan kami? Kami bukan ahli politik, kami adalah mahasiswa.

“Jika kerana ini (menurunkan bendera) anda memusuhi kami, maka benarlah kami berada di jalan yang betul,” katanya dalam sidang media ringkas selepas memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung insiden Adam hampir ditumbuk di hadapan balai polis Bukit Aman, Isnin lalu.

Dalam sdaing media itu juga peguam kepada Adli, Fadiah Nadwa berkata demonstrasi yang oleh gerakan mahasiswa pada 17 Disember lalu tidak menunjukkan sebarang tindakan jenayah telah dilakukan.

Jelasnya, tindakan menurunkan bendera oleh Adam hanyalah satu “tindakan ketidaksetiaan awam” yang diterima di seluruh dunia yang semakin terbuka dengan kebebasan untuk rakyat di negara masing-masing.

“Kita juga lihat bagaimana pakar-pakar dari PBB (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengutuk kerajaan Malaysia kerana meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011,” katanya.

Pada 20 Disember, melalui portal Utusan Online, dengan tajuk “Tidak layak digelar mahasiswa – Reezal,” lidah UMNO itu dipetik sebagai berkata:

“Dua sayap UMNO hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menurun dan memijak bendera memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.”

Manakala pada 21 Disember lalu, Utusan dengan tajuk “SMM jangan biasab – Megat Zulkarnain”, akhbar itu sekali lagi telah memfitnah dengan berkata, “Tidak setakat menurunkan bendera itu, malah kumpulan mahasiswa tersebut turut memijaknya selain menaikkan bendera mereka sendiri.”

Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa Utusan memohon maaf daam tempoh 24 jam berikutan fitnah tersebut.

“Laporan itu berniat jahat degan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS),” kata kenyataan SMM.

Dalam pada itu, SMM menyatakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tidak perlu meletak jawatan selagi isu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau pindaannya belum selesai.

SMM menyifatkan seseorang Menteri wajar meletak jawatan sekiranya terlibat degan skandal yang mengaibkan negara seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wang

Dalam isu Saifuddin, SMM berpendapat beliau menjadi sasaran dalam kerajaan yang disertainya kerana beliau tegas dalam memperjuangkan hak mahasiswa sebagai sebahagian dari rakat Malaysia. – Roketkini.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive