Selasa, Disember 20, 2011
SURAT BUAT ABANG LUDAH
Abangku sayang,
Biasanya, surat terbuka yang saya tulis didalam blog ini adalah dalam bahasa Inggeris, kerana, sebagai penutur bahasa Melayu yang sangat fasih, saya gusar saya akan menggunakan perkataan kasar/pasar yang mungkin dapat mengguris perasaan. Namun, melihatkan kepada keadaan abang yang sedikit ganas dan kelihatan tidak berbudi bahasa, saya gusar abang terdiri dari golongan yang tidak begitu memahami bahasa Inggeris, maka, saya terpaksa mengutuskan warkah ini dalam bahasa Ibunda.
Sebelum saya meneruskan tulisan ini, molek kiranya jika abang berkenalan dengan saya, saya Muhammad Qusyairi Hashim, pelajar tahun ketiga Jurusan Sains di sebuah universiti di Pantai Timur Malaysia dan merupakan seorang manusia yang don’t give a damn mengenai politik (baca : politik Barisan Nasional dan Pembangkang).
Namun, saya begitu minat dengan aspek politik (baca : ilmu pentadbiran dan falsafah bermula dari zaman Aristotle hingga kini). Saya harap abang faham mengenai saya sehingga perenggan ini, saya dengan sedaya upaya telah menggunakan bahasa mudah supaya abang faham apa yang ingin saya katakan. Sebelum saya terlupa, jika abang tidak tahu, Aristotle adalah ahli falsafah Greek yang juga anak murid kepada Plato. Jika abang tidak tahu siapa Plato, sila guna Wikipedia (Wikipedia adalah enjin carian maklumat atas talian).
Abang,
Tindakan untuk “meludah” itu adalah satu tindakan yang tidak baik samada untuk dilakukan ataupun sekadar dikatakan. Saya yakin ibu abang ada mengajar perkara sedemikian, abang tak perlu ke universiti untuk belajar perkara berkenaan, kerana jika perkara itu diajar di universiti, saya maafkan abang, kerana saya faham. Dari sudut adat dan budaya, tindakan ini dikira sangat biadap, abang yang diklasifikasikan sebagai seorang big bro (maksudnya abang yang agak tua, bukan bermaksud abang besar) dikira memberi contoh yang tidak baik kepada adik-adik kecil seperti kami.
Walaupun mungkin tahap pendidikan kita berbeda, saya yakin, kami mampu menghormati abang sebagai seorang yang lebih tua. Bila bercakap isu meludah ni, teringat zaman kecil-kecil (lima tahun kebawah), kalau saya nak meludah, mesti ada saudara yang lebih tua akan cakap nak tampar, dulu saya tak faham kenapa, namun kini saya faham, mungkin saudara saya tidak mahu saya menjadi seperti abang.
Bercakap mengenai isu tampar-menampar pula, abang sedar apa yang abang lakukan? (Tulisan selepas ayat ini akan sedikit ilmiah, saya harap abang cuba untuk memahami, secara jujur, sebagai pelajar sains, saya kurang yakin dengan fakta undang-undang saya, sila betulkan jika ada kesalahan).
Abang sebenarnya telah melakukan satu bentuk ugutan untuk mencederakan, yang mana, menurut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, abang boleh dikenakan hukuman penjara dari 2 tahun hingga 7 tahun beserta denda. Takut tu bang, abang pernah tengok Shawshank Redemption tak? Kat penjara, orang kena liwat pun ada tau.
Abangku sayang,
Saya ada terperasan yang abang kata abang dengan abang/pak cik lain kat dalam video tu semua panglima-panglima perang. Saya rasa, mungkin abang tak pernah tengok cerita 300 (saya boleh terima alasan abang tak pernah tengok cerita tu, dah la bahasa Inggeris, cerita pasal sejarah, mungkin abang tak faham), jadi saya akan cerita sedikit. Fakta asas sebelum jadi panglima, yang mana abang memang fail adalah BMI, saya rasa sedikit lucu bila orang besar nak jadi pahlawan. Kalau zaman dulu, mungkin orang besar boleh jadi pahlawan, kita jadikan sebagai Minotaur, tapi sekarang tak boleh. Kurang-kurang nak jadi askar, badan mesti macam Que Haidar dalam Misteri Jalan Lama
Kemudian, abang, saya suka dengan statement abang yang berbunyi macam ni, (lebih kurang);
“Hantar kamu belajar untuk jadi mahasiswa, bukan untuk jadi kuda Anwar Ibrahim, kuda pembangkang”
Cara abang cakap, seakan-akan UMNO yang bagi kami belajar. Abangku sayang, mungkin abang tidak belajar politik dan pentadbiran, yang bagi kami belajar, bukan UMNO atau Barisan Nasional, tapi, yang bagi kami belajar adalah kerajaan. Nanti, saya tahu, mesti abang cakap saya macam bodoh cakap macam ni, tapi takpe, kalau saya free, saya akan bersama abang untuk tunjukkan perbezaan antara Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia, lagipun, yang ni memang topik kegemaran saya untuk tunjukkan perbezaan kedua-duanya.
Tapi, abang jangan rasa down, bukan abang seorang je yang tak tahu pasal perbezaan ni, saya yakin, menteri pun ada tak tahu, jadi, abang taklah dikira bodoh sangat.
Dan ini mungkin perenggan terakhir, berkenaan komen abang yang kami semua ni otak letak dekat kepala lutut. Pertama, abang kena tahu, otak posisinya di kepala bukan di lutut, tapi, macam saya cakap tadi, saya tak salahkan abang untuk tidak mengetahui, sebab bukan semua orang belajar biologi kan? Dan, kalau abang tak tahu, Biologi adalah kajian terhadap benda hidup. Datang dari perkataan Latin bio dan logosyang bermaksud kajian terhadap benda hidup.
Kedua, abang kena sedar, apa golongan-golongan yang mempunyai otak dekat kepala lutut ni telah lakukan, jom kita tengok apa orang-orang ni lakukan ;
Mewakili Malaysia dan memenangi pelbagai hadiah untuk Pertandingan Kajian dan Inovasi serata dunia.
Memartabatkan bahasa Melayu dengan pertandingan-pertandingan debat dan Pidato peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Mewakili Malaysia ke Pertandingan-pertandingan kebudayaan dunia demi menaikkan dan menonjolkan seni negara.
Mengelilingi segenap pelusuk dunia, demi memperkenalkan Malaysia.
Mewakili Malaysia dalam menjadi suara-suara muda di konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan dunia lain.
Bersukan hingga berjaya menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Berjaya mengesan kelompongan akta yang tidak sepadan dengan Perlembagaan yang mana kelompongan ini tidak pernah disedari hakim-hakim dan peguam-peguam terhandal negara.
Jom tengok kejayaan abang pulak.
Menjadi artis YouTube.
Eh, rasa macam tak adil pulak saya nak bandingkan abang dengan pelajar yang bakal menerima Ijazah, in that case saya bandingkan pelajar dengan apa yang ahli-ahli politik kesayangan abang tu lakukan.
Berjaya menaikkan semangat rakyat untuk berdemonstrasi sehingga merugikan banyak pihak.
Mengutuk dan mengkritik satu sama lain di dalam Dewan Parlimen yang sepatutnya dijadikan gelanggang perdebatan kebajikan rakyat.
Berjaya menggunakan kereta-kereta mewah dan rumah-rumah besar dengan pendapatan yang kecil.
Berjaya menjual hasil minyak petroleum negara dan pada masa yang sama menjual petroleum kepada rakyat dengan harga yang tinggi.
Hampir berjaya menaikkan standard Malaysia hampir sama dengan negara barat dalam bidang seks bebas, hubungan sejenis dan korupsi. Eh, maaf, korupsi kita tetap juara, ranking 60 menumpaskan Amerika, United Kingdom dan Israel.
Saya rasa, setakat ini sajalah surat untuk abang, kalau saya tulis banyak-banyak, saya gusar sukar untuk abang baca, nanti penat pulak.
Sekian, Wassalam.
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Disember
(120)
- PESTA KONDOM TAHUN BARU 2012
- “Reezal Merican ugut saya, keluarga…” – Adam Adli
- Berita Pelik: Ahli perniagaan hadapi tuduhan menip...
- Pakatan cat flat RM360 ribu, PM janji RM1.2 juta
- MPAJ TAK TAU ADA TARIAN TIANG YANG GHAIRAH DI PAND...
- SHAHRIZAT UGUT DEDAH SKANDAL BN LAIN?
- JAGA 7 SUNNAH RASUL
- BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT: KEDAH LUPUS HUTANG PI...
- Jamil perlu tampil beri penjelasan isu penyalahgun...
- PARLIMEN BUBAR 17 FEBRUARI, PENGUNDIAN 11 MAC 2012?
- GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eks...
- MAMAT SEKOQ NI HANGPA TAK MAU LUDAH??
- Video pembongkaran aset NFC di Singapura
- BERASMARA DI DALAM BILIK MANDI MASJID
- TERIMA SOGOKAN RM100,000 SEBULAN?
- Tawar gaji RM6,000 tonton aksi onani
- PANAS!!! AHLI POLITIK DITANGKAP KHALWAT
- RISALAH LUCAH ANWAR-SAIFUDDIN DI UITM
- Pegawai polis kena tetak ketika serah saman
- KISAH GHAIB MEROBOH STRUKTUR AYAH PIN
- BAKAL PENGANTIN KENA CEKUP
- Siapa pula selepas Khir Toyo?
- Penuntut UITM Rentung
- Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah
- Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa
- TIDURI ISTERI KAWAN
- GADIS DICEKUP BERKEMBAN DENGAN MAT INDON
- LAWAK AHAD: PELACUR
- Utusan bohong lagi, fitnah mahasiswa pula
- SAMUN RM20 PENJARA 36 BULAN,SAMUN RM3 JUTA PENJARA...
- Wanita Ini Mempunyai 2 Kemaluan Dan 2 Rahim
- ANTARA TURUN GAMBAR DAN KENCING GAMBAR
- Juara Dunia Onani – 9 Jam 58 Minit!
- Garis Panduan Pelaburan Emas - Majlis Fatwa Kebang...
- TUAN LEMBU BILA NAK TANGKAP BEB?
- Gambar lucah Adam Adli? Disebar pencacai UMPORNO..
- Sewa bilik RM50 untuk maksiat
- KHAIRY GAGAL HALANG SAMAN FITNAH ANWAR
- DEMONSTRASI MEMAKI PINTU PAGAR UPSI
- NFC BELI KONDO MEWAH DI SINGAPURA?
- PERTANDINGAN MELUDAH KEBANGSAAN
- PANGLIMA LUDAH KENA EJEK
- ADUN DAP Bukit Gasing meninggal dunia
- SURAT BUAT ABANG LUDAH
- BAJET TEMBERANG KERAJAAN
- BIL AIR 20 SEN..?
- GENGSTER LEMBU PALING TAKSUB DI DUNIA
- Ajal dalam van jenazah
- Skandal NFC: Dua Lot Tanah di Putrajaya Belum Tuka...
- Pembongkaran Mahathir Fitnah Anwar Tentang IMF
- SELAPUT DARA TIRUAN
- VIDEO OF THE YEAR GENG LEMBU
- Umno joli duit KWSP
- PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M
- VIDEO PANGLIMA LUDAH UMNO MENGAMUK !!!!
- GAMBAR PONTIANAK KULIM HITECH
- LAWAK AHAD: TALIAN BANTUAN
- UMNO NAK BERKOPIAH PUTIH KAH! KAH! KAH!
- Remaja Dipaksa MELACUR Seminggu
- BUDAK KECIK TAKUT HANTU KUBOQ
- Acara Mr.Muscle Beach di Melaka mencemar agama dan...
- Terkejut rakam wajah misteri
- 6 Sifat Perempuan Yang Menjijikkan
- GUA CHAT DENGAN PUTERI UMNO
- Mat sabu beri laluan kpd Umno untuk ceramah Di pen...
- MAAF INI BUKAN FILEM PORNO KELUARAN UMPORNO
- Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak
- Berasmara dalam relung air
- KAKI FITNAH KENA BAYAQ SAMAN LAGI
- 15 siswa ditahan di KL Sentral
- Parti goyang Tekno Batam di Melaka
- NGO desak Taib dan keluarga ditangkap
- Najib dicabar bertanding di kerusi 1Malaysia
- GAMBAR BANJIR DI KL PETANG TADI
- Hanya satu masjid?.. bunyi pulak dah...
- Gambaran Saiz Baju Nabi Adam
- Skandal NFC: Dedah agenda Muhyiddin guling Najib?
- REMIX NAJIB FT NG YEN YEN
- Tragedi NFC: Muhyiddin tak layak jadi PM
- SAAT SAYA MULA SOKONG ANWAR DAN KENAPA ANWAR PERLU...
- Video Penceramah UMNO Diserang 'Sawan'?
- INI TAK ADIL...GUA PUN NAK NAIK KAPAL SELAM BEB
- Apa rahsia blogger pro-UMNO naik kapal selam?
- Contohi semangat 'Angry Birds', lawan kezaliman
- Jatuh sakit selepas gigit testis biri-biri
- LAWAK AHAD: SAINTIS KATAK
- Gempar langsuir bertenggek
- SAKSIKAN PUAK-PUAK JAHIL MENGHINA HUDUD
- Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?
- GERHANA BULAN PENUH
- KENYATAAN ABU
- Lelaki bogel berjalan di atas palang jambatan
- Aku sedang diperhatikan oleh Allah
- Sidang Media Serentak di Seluruh Negara - Pelancar...
- KISAH KENA SEMBELIH DI LEBUHRAYA PLUS
- Misteri huruf V di kota Nabi Daud
- Syabas tarik balik saman terhadap MB Selangor
- LEMBU PUN BOLEH MENGUNDI KAH! KAH! KAH!
- Soi Lek dituntut minta maaf
- Jogging sambil curi coli
-
▼
Disember
(120)