Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 14, 2012

Betul ke BERSIH akibatkan rugi RM1.8 juta? Yang lepas berbilion-billion ringgit tu apa?


Kalau BN kata kerajaan rugi RM1.8 juta sebab himpunan Bersih yang menuntut penyucian Suruhanjaya Pilihan Raya agar adil dan telus, kita juga boleh kata bahawa rakyat akan rugi dengan pengagihan RM1.5 juta di setiap kawasan Parlimen mereka sebab dana awam cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia dicopet sesuka hati.

Makanya, kalau sekarang BN mengusai 139 Parlimen, ini bererti RM208.5 juta wang cukai rakyat akan dilantak puak-puak ini. Berapa banyak yang akan sampai kepada keluarga Melayu, India, Kadazandusun, Iban, Orang Ulu yang miskin, tak pula diketahui.

Dan kalau tambah lagi RM41.5 juta, maka genaplah RM250 juta yang serupa nilainya dengan korban skandal lembu NFC yang dijadikan modal beli kondo mewah dan kereta mewah melibatkan anak-beranak Shahrizat Jalil.

Akan hal ini wajarlah Ketua Oposisi Parlimen Anwar Ibrahim berkata, “Najib terdesak… “

Tapi mungkin bagi Najib, dia tidak peduli – Asalkan BN menang, peduli apa dia pada rakyat..

Dapat dekat siapa duit tu…?

Persoalannya, entah berapalah sangat hamba rakyat kawasan Parlimen yang akan merasa dan berapa pula orang atas (Bahagian, Cawangan, JKKK) akan sapu?

Tun Mahathir sendiri pernah tegur UMNO hal rasuah merasuah ni tapi dia pun dua kali lima juga. Dah namanya UMNO-BN, sampai ada orang kata UMNO ni ditakdirkan parti rasuah… sudahlah integriti pun tak ada … kalau bukan duit, apa lagi yang boleh dibuat modal kempen mereka?

Kerajaan BN memang selalu rugi…

Entahlah….Kalau dibelek-belek, sejak dulu lagi kerajan BN ni selalu rugi. Tak perlu Bersih 3.0 pun dia boleh rugi.

Tahun lepas kita sudah dengar syarikat penerbangan Malaysia MAS mencatatkan kerugian RM478 juta dan kerugian yang terkumpul sehingga kini ialah RM1.2 billion!

Lepas tu MAS rugi lagi suku ke tiga tahun ini sebanyak RM171 juta kemudian ada ura-ura pula Khazanah Nasional Berhad iaitu syarikat milik kerajaan pemegang terbesar saham MAS mau menyuntik sehingga RM9 billion pelan pembiayaan gunakan wang rakyat! Mak ai… sikitnya…!!!

Berbalik pada dakwaan Hisham anak Tun Hussein, agak-agaknyalah, adakah Menteri Dalam Negeri itu akan beritahu rakyat secara terbuka harga sebiji shell tear smoke dan grenade tear smoke yang tembak ke atas peserta himpunan aman Bersih 3.0 yang lalu dan berapa pula harga seliter air kimia yang disembur?

Sudahlah rugi dan merugikan… yang menanggungnya siapa lagi kalau bukan kita, rakyat Malaysia yang bayar cukai hari-hari!

Oh, mungkin ada yang kata dia tak perlu bayar cukai pun. Mungkin orang ini hanya fikirkan cukai pendapatan. Mungkin dia lupa dia kena bayar tol lebuh raya, kena bayar caj perkhidmatan telefon, TV satelit, cukai perkhidmatan restoran dan entah apa lagi yang mengempiskan poket. – Roketkini.com




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive