Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 20, 2012

PASAI PA DBKL TAK JOIN TARIAN PUNGKOQ?



DEY MACHA!!!
GUA INGAT PENIAGA BURGER SAJA RUGI
RUPA-RUPANYA DBKL PUN RUGI
GARA-GARA BERSIH 3 HARI TU
KAH! KAH! KAH!

KALAU DAH TAU RUGI
PASAI PA DBKL TAK TUMPANG SEKAKI
JUAL BURGER DEPAN RUMAH AMBIGA
KAH! KAH! KAH!

PATUTNYA DBKL JOIN SEKALI
BUAT TARIAN PUNGKOQ DEPAN RUMAH AMBIGA
LEPAS TU BOLEH DAPAT UNTUNG
TOKEY IKAN BAKAQ JUTAWAN PUN UNTUNG MAAA
SIAP BOLEH BUAT PERADUAN HADIAH LAMBOGHINI
KAH! KAH! KAH!

NI LA BODOH TAK BOLEH DIAJAQ
PANDAI TAK BOLEH DIIKUT
KALAU BAGI ORANG BERHIMPUN KAT DATARAN
DUDUK BANTAH SECARA AMAN
TAK DAK SAPA PUN YANG RUGI
KAH! KAH! KAH!

KALAU DBKL NAK JUGAK TUNTUT GANTIRUGI
PASAI DEPA KENA BUAT KERJA OVERTIME
MACAMANA PULAK DENGAN PEKERJA DBKL YANG DOK GOYANG TELOQ
RAKYAT NAK MINTA GANTIRUGI DARI SAPA?
KAH! KAH! KAH!


DBKL tuntut RM351,000 dari penganjur BERSIH 3.0

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menuntut penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 supaya membayar lebih RM351,000 yang kerosakan harta awam dan kos yang ditanggungnya ekoran perhimpunan 28 April.

Jumlah paling besar dalam tuntutan tersebut ialah bayaran untuk elaun lebih masa kakitangan jabatan penguatkuasanya yang bertugas – sebanyak RM174,240.

Selain itu, DBKL juga menuntut RM50,000 untuk kos makan minum dan pengangkutan kakitangan jabatan penguatkuasa tersebut, selain RM26,000 untuk kos pengangkutan kakitangan jabatan kejuruteraannya.

Ketua pengarah DBKL Datuk Salleh Yusup membuat tuntutan tersebut kepada pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO tersebut, Maria Chin Abdullah.

Selain tuntutan berjumlah RM351,203.45 itu, DBKL dalam surat tuntutan bertarikh 18 Jun itu juga menuntut supaya BERSIH membayar kos tuntutan RM100, dalam tempoh 14 hari.

Salleh berkata, BERSIH dihalang daripada membuat perhimpunan tersebut oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan PDRM melalui perintah mahkamah bertarikh 26 April.

"Datuk Bandar tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan bagi perhimpunan BERSIH 3.0 keraa aktiviti yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan penggunaan Dataran Merdeka yang merupakan suatu tempat bersejarah dan tumpuan pelancong.

"Tetapi pihak Datuk dan puan terus menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang menjadi tidak terkawal dan mengakibatkan kacau bilau di Kuala Lumpur dan kerosakan harta benda awam," kata Salleh dalam suratnya.

Dalam tuntutan tersebut, Salleh berkata kos kerosakan itu dari RM5,900 – untuk papan tanda dan pengadang, sehinggalah RM57,850 untuk kerosakan lanskap DBKL.

Dalam satu kenyataan segera, Ambiga dan Maria menyifatkan tuntutan tersebut sebagai satu gangguan yang menjadikan mereka sebagai sasaran.-MK



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive