Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 08, 2012

PENTING!!! SIMPAN KERATAN BERITA INI


Dulu penulis antara orang paling kagum dengan Rais Yatim ni. Kepetahan beliau berpidato semasa dalam Semangat 46 benar-benar menakjubkan. Tapi bila beliau kembali buat u-turn ke dalam UMNO, penulis sudah mula melihat kredebiliti beliau semakin terhakis. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan tidak lagi menggambarkan beliau seorang pejuang rakyat seperti 20 tahun yang lalu.  Kenyataan terbaru beliau bahawa semua parti politik akan dibenarkan membentangkan manifesto menerusi saluran RTM boleh dianggap biasa  saja. Penulis masih ingat janji Rais dalam satu pilihanraya kecil  kalau tak silap di Krau Pahang. Masa itu Rais pun turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama. Kata Rais, pihak RTM akan turut menyiarkan berita kempen pihak pembangkang dalam berita dan liputan RTM. Tapi cakap tinggal cakap saja. Kali ini , penulis mahu anda sebagai pembaca atau pemilik blog, simpan elok-elok berita  ini. Kalau boleh ambil keratan dalam Sinar Harian hari ini. Percayalah...janji tinggal janji saja nanti.







Rais: Kerajaan benar manifesto parti-parti politik disiar di RTM

6 Jun 2012

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berucap
pada perasmian Wisma Berita dan Pelancaran Portal Berita dan Arkib Digital.

KUALA LUMPUR - Parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya diluluskan jemaah menteri.

"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima.

"...Dan nas yang terpenting di situ ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan atau mengikut lunas tempoh masa yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berkempen, maka dalam masa berkempen itulah hak bagi menyuarakan manifesto parti-parti politik diberi menerusi RTM dan badan-badan penyiaran yang lain," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Berita RTM dan pelancaran Portal Berita dan Arkib Digital di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tentang had masa dan syarat-syarat yang bakal dikenakan berikutan keputusan itu.

Katanya apa yang boleh dilunaskan setakat ini ialah peluang itu diberi kepada setiap parti politik untuk menyuarakan pandangan menerusi manifesto mereka dalam waktu yang dihadkan dalam saluran di RTM.

Rais berkata dalam memberi kebenaran, pelbagai perkara harus diteliti iaitu, sama ada RTM perlu mengikut selera parti politik atau amalan di negara-negara Komanwel dan negara maju yang lain yang mana mereka juga ada menetapkan syarat-syarat dalaman tertentu yang perlu dipatuhi.

"Misalnya di England, BBC memberi sekitar 10 ke 15 minit untuk menyiarkan manifesto parti-parti politik semasa pilihan raya dengan beberapa syarat dalaman yang mereka olah, begitu juga di Singapura dan Thailand, malah yang terbaru Myanmar turut memberikan peluang itu dengan syarat-syarat tertentu dalam bentuk amalan yang boleh diterima oleh pelbagai pihak.

"Tentu sekali dengan keputusan ini pelbagai soal dan juga pandangan akan diberi namun kerajaan akan menerimanya secara terbuka tetapi ia mesti terasas kepada perkara yang tersusun dan tertakluk dari segi konsep penyiaran untuk negara," katanya.

Rais bagaimanapun menegaskan sebagai media kerajaan, RTM harus tetap memberi keutamaan kepada penyiaran berita-berita berkaitan kerajaan dan kepentingan rakyat.

"Sebagai media kerajaan, kita harus mementingkan hak kerajaan dan oleh kerana RTM adalah badan penyiar kerajaan, maka siaran-siaran dan berita-berita kerajaan perlu mendapat keutamaan," katanya. -- Bernama








CUBA ANDA HAYATI RAKAMAN VIDEO INI SEMASA RAIS YATIM DALAM SEMANGAT 46:













pejuang-rakyat


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/6/12 8:35 PG

    admin..header mmg xde link ke home blog ni eh?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive